Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Solat Dhuha Dan Doa Selepas Solat Dhuha

As-salam,

Ketika entri ini ditulis, jam menunjukkan pukul 9:59 pagi. Sudahkah anda mengerjakan solat Dhuha? Apakah anda tahu apakah solat dhuha?

Solat Sunat Dhuha


Dhuha bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Waktu Afdal Solat Sunat Dhuha

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: 
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” 

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Jadi, daripada penerangan di atas solat sunat dhuha mudah dilaksanakan dan boleh dibuat dengan kesempatan masa yang ada samada di tempat kerja ataupun di rumah. Lakukanlah perkara yang wajib dahulu.

Bacaan Surah Dalam Solat Sunat Dhuha


Solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain sebagaimana tertulis dalam kitab-kitab Nabi, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha


Berikut adalah doa yang biasa dibaca selepas solat dhuha,



Saya petik daripada gambar di atas,

Abu Hurairah pernah berkata,

"Rasulullah s.a.w pernah berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan tinggalkan puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir sebelum tidur."


Selamat beribadah dan happy reading!

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Salat Dhuha memang banyak manfaatnya. Saya kepingin sekali bisa salat Dhuha seperti waktu kuliah. Sekarang di tempat kerja susah menjalankan dengan rutin.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close