Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Mudah Merawat Sembelit

Petua Mudah Merawat Sembelit - Sembelit memang menyakitkan dan membuatkan kita selalu berasa tidak selesa. Mengikut pengalaman lepas, saya kerap terkena sembelit ketika dalam tempoh berpantang sewaktu melahirkan. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga mengalami masalah yang sama iaitu sukar buang air besar? Cubalah mana-mana petua merawat sembelit seperti di bawah.

Petua Mudah Merawat Sembelit




1) Makan buah pisang atau betik selalu.

2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.

3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

4) Pada sesetengah kes, kopi juga boleh membantu. Ramai orang menganggap kopi membantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan menyebabkan pergerakan usus. Namun begitu, kopi juga diuretik di mana ia menyerap kelembapan daripada najis, menjadikan mereka sukar untuk membuang air . Ada sesetengah doktor mengesyorkan mengelakkan minuman diuretik seperti kopi, alkohol, kola, dan teh.

5) Ada juga cara lain yang boleh digunakan. Untuk merawat sembelit, kita disaran makan prun atau minum dua gelas jus prune. Prun sangat tinggi dalam serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan yang secara semulajadi membantu melegakan sembelit.

6) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Semoga kompilasi petua mudah merawat sembelit di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close