Tips Memilih Kursus Selepas SPM - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diumumkan dalam beberapa hari lagi. Ada yang gelisah, takut, tidak boleh tidur dan sebagainya bila memikirkan perihal keputusan yang bakal diumumkan. Jika berjaya, semua pihak gembira. Jika gagal, kemanakah arah tujuan seterusnya?
Sebenarnya berjaya atau gagal bukanlah penamat masa depan anda! Langkah anda baru bermula NAMUN pastikan anda memilih kursus yang tepat untuk meneruskan perjuangan anda dalam bidang pendidikan atau jurusan yang diminati.
Hampir semua kursus diploma memerlukan syarat 5 kredit dalam SPM dan lebih dari 5 kredit di peringkat matrikulasi. Bahkan lebih banyak kredit atau gred A akan membuka peluang lebih cerah untuk mendapat tempat. Ini kerana anda berdepan dengan saingan daripada rakan SPM yang mendapat keputusan lebih cemerlang. Subjek khusus yang berkaitan dengan kursus pilihan selalunya akan menentukan sama ada kita dipilih atau tidak. Lihat beberapa contoh berikut di mana jika anda mendapat A atau kredit yang baik dalam subjek khusus akan memudahkan anda mendapat tempat.
Kita lihat subjek khusus dan kursus pilihan yang sesuai;
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia
Biologi, Kimia dan Matematik
Perakaunan, Ekonomi dan Perdagangan
Bahasa Arab, Pengetahuan Agama Islam
Anda boleh melayari laman web Universiti dan Kolej serta pergi ke menu Fakulti, Program dan lihat syarat kelayakan.
Dengan kelayakan yang baik atau cukup sahaja belum membolehkan anda memilih kursus dengan betul dan tepat. Anda perlu mengambil kira faktor minat. Minat penting kerana ia boleh menyebabkan anda fokus, memberi tumpuan sepenuhnya, seronok dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam bidang kursus yang anda ikuti. Minat merujuk kepada kecenderungan, kesukaan, kegemaran, keseronokan anda dalam melakukan sesuatu. Jika anda berminat mendaki gunung, anda akan berusaha sedaya upaya dengan penuh yakin untuk sampai ke puncak walaupun anda berdepan dengan berbagai cabaran.
Ramai pelajar gagal untuk menamatkan pengajian di universiti kerana
>>>Mereka memilih kursus yang sebenarnya mereka kurang minat. Bahkan ada pelajar perubatan yang berjaya menamatkan pengajian tetapi tidak mahu menjadi seorang doktor. Inilah kesannya jika tidak berminat dengan kursus yang dipilih. Itulah sebabnya anda perlu benar-benar faham apakah minat anda sebenarnya.
1. Tentukan aliran anda;
2. Pastikan syarat minimum kursus tersebut mencukupi;
3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan – letakkan pilihan pertama di atas sekali
4. Pilihan program pengajian diperluaskan – jangan terlalu berharap kepada satu pilihan
5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan
1. Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
2. Kemudahan fizikal
3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
5. Bantuan kewangan – cuba dapatkan bantuan kewangan dari dana-dana negeri mahupun syarikat atau pertubuhan tertentu.
6. Tanya rakan-rakan yang pernah belajar di situ.
7. Kemudahan penginapan – pastikan selesa untuk dijadikan tempat tinggal anda buat jangka masa yang lama walaupun tidak mewah.
Rujukan:
Sebenarnya berjaya atau gagal bukanlah penamat masa depan anda! Langkah anda baru bermula NAMUN pastikan anda memilih kursus yang tepat untuk meneruskan perjuangan anda dalam bidang pendidikan atau jurusan yang diminati.
Tips Memilih Kursus Selepas SPM
1. Kelayakan
Hampir semua kursus diploma memerlukan syarat 5 kredit dalam SPM dan lebih dari 5 kredit di peringkat matrikulasi. Bahkan lebih banyak kredit atau gred A akan membuka peluang lebih cerah untuk mendapat tempat. Ini kerana anda berdepan dengan saingan daripada rakan SPM yang mendapat keputusan lebih cemerlang. Subjek khusus yang berkaitan dengan kursus pilihan selalunya akan menentukan sama ada kita dipilih atau tidak. Lihat beberapa contoh berikut di mana jika anda mendapat A atau kredit yang baik dalam subjek khusus akan memudahkan anda mendapat tempat.
Kita lihat subjek khusus dan kursus pilihan yang sesuai;
Bahasa Malaysia
- Hampir semua kursus diploma /matrikulasi memerlukan kredit dalam Bahasa Malaysia.
Bahasa Inggeris
- Semua kursus yang menggunakan kemahiran bahasa yang tinggi memerlukan keputusan Bahasa Inggeris yang cemerlang. Contohnya, kursus Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Undang-undang, Lingguistik, Komunikasi, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perbankan, Kewangan, Pengurusan Pejabat, Ekonomi, Pengurusan Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia, Hubungan Antarabangsa,
Matematik
- Semua kursus yang menggunakan kemahiran mengira yang tinggi mesti mendapat keputusan yang baik untuk Matematik seperti Perakaunan, Perbankan, Kewangan, Pengurusan Perniagaan, Sains Aktuari, Sains Komputer, Ukur Bahan, Pengurusan Hartanah,
Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia
- Kursus-kursus Kejuruteraan seperti Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Kimia.
Biologi, Kimia dan Matematik
- Kursus Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Kesihatan, Sains Gunaan, Lukisan,
- Kursus Seni Bina, Hiasan Dalaman, Seni Landskap, Seni Reka danSeni Lukis, Grafik, Fotografi, Bangunan,
Perakaunan, Ekonomi dan Perdagangan
- Kursus-kursus Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Perbankan, Kewangan,
Bahasa Arab, Pengetahuan Agama Islam
- Kursus-kursus Agama seperti Syariah, Usuluddin, Al-Quran dan As-Sunnah, Bahasa Arab, Tafsir, Hadis dan lain-lain kursus berkaitan dengan agama
Anda boleh melayari laman web Universiti dan Kolej serta pergi ke menu Fakulti, Program dan lihat syarat kelayakan.
https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015/
ATAU
https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015/fipta/index.php
2. Minat
Dengan kelayakan yang baik atau cukup sahaja belum membolehkan anda memilih kursus dengan betul dan tepat. Anda perlu mengambil kira faktor minat. Minat penting kerana ia boleh menyebabkan anda fokus, memberi tumpuan sepenuhnya, seronok dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam bidang kursus yang anda ikuti. Minat merujuk kepada kecenderungan, kesukaan, kegemaran, keseronokan anda dalam melakukan sesuatu. Jika anda berminat mendaki gunung, anda akan berusaha sedaya upaya dengan penuh yakin untuk sampai ke puncak walaupun anda berdepan dengan berbagai cabaran.
Ramai pelajar gagal untuk menamatkan pengajian di universiti kerana
>>>Mereka memilih kursus yang sebenarnya mereka kurang minat. Bahkan ada pelajar perubatan yang berjaya menamatkan pengajian tetapi tidak mahu menjadi seorang doktor. Inilah kesannya jika tidak berminat dengan kursus yang dipilih. Itulah sebabnya anda perlu benar-benar faham apakah minat anda sebenarnya.
>>>Kurangnya maklumat tentang sesuatu kursus. Anda perlu ada maklumat yang luas dan mendalam tentang sesuatu kerjaya yang anda minati, ini kerana ia ada kaitan yang langsung dengan kursus yang hendak ambil. Contohnya jika anda meminati bidang guaman, anda perlu faham apakah kerja atau tugas seorang peguam, budaya kerjanya, tempat dan suasana kerja, pendapatan, cabaran-cabaran, ciri personaliti yang sesuai sebagai peguam, peluang meningkatkan kerjaya, peluang untuk membuka perniagaan sendiri dan sebagainya.
>>>Tidak tahu cara mendapatkan maklumat. Banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mendapat maklumat tersebut, seperti dengan menonton rancangan TV yang berkaitan dengan kerjaya seorang peguam, hakim atau kes-kes mahkamah. Jika ciri-ciri personaliti anda menepati ciri seorang peguam atau hakim dan anda memang meminati bidang kerjaya ini, maka bolehlah anda membuat keputusan untuk memilih kursus undang-undang.
>>>Anda juga boleh mengambil ujian minat kerjaya untuk mengesahkan adakah minat anda itu boleh dipercayai. Berjumpalah dengan kaunselor anda, mereka boleh membantu anda dengan baik. Anda juga boleh mengambil ujian minat secara online dalam internet dan membincangkan hasil ujian dengan kaunselor untuk kepastian.
Bakat merupakan ciri-ciri istimewa , luar biasa atau dorminan yang ada pada diri seseorang. Ada setengah bakat diwarisi dan ada juga yang dipelajari. Lazimnya orang berbakat dalam sesuatu bidang juga meminati bidang itu. Bakat melukis, mengira, berpidato, bersukan, menyanyi, main alat muzik, berkarya, kepimpinan, mereka cipta dan sebagainya adalah di antara bakat yang ada pada diri anda. Cuma tahapnya mungkin berbeza. Ada yang berbakat besar dalam berpidato sehingga mewakili sekolah, daerah, negeri atau negara dalam pertandingan pidato. Kepetahan dalam berhujah ini amat sesuai dengan kursus undang-undang. Begitu juga jika anda ada bakat melukis, anda akan lebih berjaya dalam kursus seni bina berbanding dengan mereka yang kurang bakat melukis.
3. Bakat

PANDUAN MEMILIH KURSUS SEBELUM MEMOHON UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN:
SECARA UMUM:
1. Kenali KELAYAKAN anda – anda perlu tahu tahap anda kelulusan anda sebelum memohon sesuatu agar anda tidak membazirkan masa memohon sesuatu yang pasti anda tidak akan dapat
Kaji setiap SYARAT KELAYAKAN MINIMUM supaya anda tidak rugi memohon sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
Kaji setiap SYARAT KELAYAKAN MINIMUM supaya anda tidak rugi memohon sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
2. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Bisnes? Sastera? Sains? Teknikal? – amat penting agar anda tidak tersilap langkah demi masa depan anda jua. Kebanyakan pelajar gagal adalah kerana mereka tidak meminati kursus yang mereka ambil.
3. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DENGAN DIRI ANDA – ramai yang tidak gemar berjauhan dengan keluarga dan ini boleh menyebabkan anda terganggu semasa belajar. Maka pilihlah tempat yang jauh atau dekat berdasarkan kemampuan anda menahan “homesick”.
4. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan BINCANGKAN dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda – minta pendapat mereka.
5. Jangan sesekali ambil kursus yang anda TIDAK MINAT LANGSUNG kerana akan melemahkan semangat untuk belajar.
6. KENALI KEMAMPUAN anda – jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan tetapi pastikan anda juga mencurahkan usaha yang 100%.
7. Setelah mendapat keputusan tetapi masih keliru dan dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH – semoga ALLAH membantu anda.
~ Cita-cita (kerjaya)
~ Minat dan keinginan sendiri
~ Kehendak ibu bapa
~ Pengaruh rakan sebaya
~ Lokasi IPT dan pilihan program pengajian
FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:
~ Pencapaian akademik pelajar~ Cita-cita (kerjaya)
~ Minat dan keinginan sendiri
~ Kehendak ibu bapa
~ Pengaruh rakan sebaya
~ Lokasi IPT dan pilihan program pengajian
STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
2. Pastikan syarat minimum kursus tersebut mencukupi;
3. Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan – letakkan pilihan pertama di atas sekali
4. Pilihan program pengajian diperluaskan – jangan terlalu berharap kepada satu pilihan
5. Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan
PANDUAN MEMILIH IPTS:
2. Kemudahan fizikal
3. Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
4. Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
5. Bantuan kewangan – cuba dapatkan bantuan kewangan dari dana-dana negeri mahupun syarikat atau pertubuhan tertentu.
6. Tanya rakan-rakan yang pernah belajar di situ.
7. Kemudahan penginapan – pastikan selesa untuk dijadikan tempat tinggal anda buat jangka masa yang lama walaupun tidak mewah.
Rujukan:
2 Comments
Info yg sngt berguna..
ReplyDeleteTq Maria. Semoga boleh dimanfaatkan utk lepasan SPM.
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.