Cara Mudah Dan Ringkas Buat Rojak Petis Sendiri | Rojak petis? Sedapnya rojak petis bila kuahnya ada rasa pedas, manis dan berkacang!! Kadangkala bila beli di kedai atau pasar malam, ada pula terkena kuah rojak petis yang pahit, termasin dan kurang bahan-bahannya. Kenapa macam ini yek? Susahkah nak buat rojak petis sendiri?
Senang aje, kan? Seharian saya mencari dari google dan juga 'temubual' tak rasmi dengan rakan-rakan untuk belajar buat buat rojak petis sendiri. Haha...Berjaya tak agak-agaknya eksperimen saya ni? Jom kita tengok...
Tapi saya tak pandai lagi nak buat petis tu...so, lain kalilah kita cerita ya. Saya beli petis yang banyak dijual di pasaraya. Hihi...kan mudah tu. Tak tahu rupa petis? Meh tengok kat bawah ni...
2. Masukkan 1 sudu kecil (hujung sudu aje) asam jawa. Asam jawa boleh digantikan dengan limau kasturi. Kemudian kacau.
3. Masukkan 1 sudu besar petis. Kemudian, kacau lagi bancuhan tadi.
4. Masukkan 2 sudu besar gula. Elok pakai gula merah atau gula pasir, pilih ikut suka. Kacaukan sampai hancur.
5. Kemudian masukkan kicap pekat dengan perlahan-lahan sehingga adunan agak basah dan hitam. Kacau lagi.
6. Kemudian masukkan satu atau 2 sudu besar kacang. Kacau lagi sehingga sebati.
7. Setelah sebati adunan petis tadi, baru masukkan nenas, timun, sengkuang, tauhu, taugeh dan sayur kangkung. Potong kecil-kecil ikut citarasa, dan cukup untuk satu adunan. Kalau banyak sangat bahan tambahan sayur dan buah nanti kering sangat rojak anda.
8. Masukkan dalam sebuah pinggan dan taburkan kacang tadi di atas rojak petis anda.
Rojak Petis...Lagi banyak kacang lagi best!! |
Tapi saya tak pandai lagi nak buat petis tu...so, lain kalilah kita cerita ya. Saya beli petis yang banyak dijual di pasaraya. Hihi...kan mudah tu. Tak tahu rupa petis? Meh tengok kat bawah ni...
Bahan-bahan Untuk Kuah Rojak Petis;
- Cili padi
- Asam jawa/limau
- Petis
- Gula
- Kicap
Bahan-bahan Tambahan Rojak Petis
1. Kisarkan/Tumbuk lumat 2-3 biji cili padi sehingga halus dan tuang ke dalam sebuah mangkuk besar. (Seeloknya mangkuk besar supaya senang nak kacau)
2. Masukkan 1 sudu kecil (hujung sudu aje) asam jawa. Asam jawa boleh digantikan dengan limau kasturi. Kemudian kacau.
3. Masukkan 1 sudu besar petis. Kemudian, kacau lagi bancuhan tadi.
4. Masukkan 2 sudu besar gula. Elok pakai gula merah atau gula pasir, pilih ikut suka. Kacaukan sampai hancur.
5. Kemudian masukkan kicap pekat dengan perlahan-lahan sehingga adunan agak basah dan hitam. Kacau lagi.
6. Kemudian masukkan satu atau 2 sudu besar kacang. Kacau lagi sehingga sebati.
7. Setelah sebati adunan petis tadi, baru masukkan nenas, timun, sengkuang, tauhu, taugeh dan sayur kangkung. Potong kecil-kecil ikut citarasa, dan cukup untuk satu adunan. Kalau banyak sangat bahan tambahan sayur dan buah nanti kering sangat rojak anda.
8. Masukkan dalam sebuah pinggan dan taburkan kacang tadi di atas rojak petis anda.
9. Selamat mencuba!
Cara-cara mudah buat rojak petis sendiri di atas saya kongsikan daripada blog ini tetapi ada sesetengah bahan telah saya ubah suai ikut citarasa saya sendiri.
Sebarkan info...
Sebarkan Bahagia:
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.