Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Siput Rangup Dan Sedap

Kuih siput rangup dan paling sedap. Kuih siput adalah kuih yang dibuat bermusim terutamanya apabila tiba musim perayaan. Saya memang penggemar kuih siput dan akan membelinya bila tiba hari raya dengan jumlah yang banyak. Kalau kuih siput itu sedap saya makanlah sendiri, tak sempat nak beraya pun kuih siput itu. Hi hi..

Ok. Kerana minat sangat dengan kuih siput, saya pun cuba nak buat kuih siput sendiri. Jom baca Rahsia resepi kuih siput rangup yang saya upgradekan serba sedikit supaya lebih rangup dan segar. Maksudnya tak lemau lah...

Rahsia Resepi Kuih Siput Rangup


Ada yang nak tahu apa rahsia kuih siput rangup? Kalau nak tahu, cuba tengok cara-cara penyediaannya seperti di bawah.

Rahsia Resepi Kuih Siput Rangup
Resepi kuih siput rangup - gambar hiasan
Bahan-bahan (Anggaran 1 balang sederhana)

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm marjerin
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu kecil serbuk cili (boleh kurangkan jika tak mahu pedas)
Daun kari


Bahan-bahan (Anggaran 1 balang besar)

600 gram tepung gandum
220 gram marjerin | dicairkan
6 tangkai daun kari - untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari - kisar kasar / cincang
2 sudu besar serbuk - kari
15 gram serbuk jintan manis
15 gram serbuk jintan putih
15 gram udang kering - di goreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150 ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya


Cara-cara membuatnya:

1. Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam-suam). Ketepikan. 

2. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan. 

3. Kisar udang kering yang digoreng bersama bawang putih. 

4. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainya tadi ke dalam adunan tepung yang telah disebatikan dengan marjerin.

5. Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya sudah okay. (Ramas dengan hujung jari margerin dan tepung, bila dah rata campurkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Uli hingga mnjadi satu doh yang kental. (macam buat doh roti canai...)

6. Cubit sedikit adunan, gentel bagi bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.


Rahsia Resepi Kuih Siput Rangup
Acuan kuih siput rangup

7. Panaskan minyak, goreng lah kuih siput dengan api sederhana. jangan kuat sangat supaya masak dalamnya dan ranggup, kerana ia agak tebal. Bila sudah 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yang telah dilurut daunnya. 

8. Bila sudah garing dan masak, angkat dan tos kan.

Apakah yang membuatkan kuih siput rangup dan lazat?


1. Campuran marjerin membuatkan adunan doh menjadi lembut dan rangup bila digoreng.

2. Cara menggoreng juga mempengaruhi hasil kuih siput kita. Pastikan api tidak terlalu panas ketika menggoreng. 

3. Untuk rasa lemak dan lazat, letakkan sedikit gula dalam adunan tadi. Rasa kuih siput ada lengkap semuanya. 

Kuih siput ni adalah kuih orang yang rajin-rajin. Hihi...Iyalah, proses membuatnya agak leceh, iaitu proses menyiput (menggetel) pada papan acuan kuih siput. Yang rajin saja akan membuatnya...namun hasilnya memang memuaskan hati. Insyaa Allah.

Sebarkan info, kongsikan resepi...jika suka.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Tumpang tanya jika boleh tukar marjerin ke mentega? Ada masalah?
    And kalau tidak suka udang kering, boleh tukar ke seafood lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna mentega. Tk jadi masalah. Kalau tak mau guna udang kering, boleh digantikan dgn ikan bilis secukupnya.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close