Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Advertisement

Telekung Reehans Pilihan Muslimah | Telekung dan solat mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain. Telekung adalah pakaian tambahan untuk menutup aurat ketika solat terutamanya bagi wanita dan adakala ia juga amat berguna ketika melakukan ibadah haji dan umrah untuk kegunaan harian. Oleh kerana ia bersifat pakaian sokongan kepada kaum wanita ketika beribadah, telekung yang selesa dan tidak mendatangkan subhat amat diminati oleh golongan ini.

Telekung Reehans Pilihan Muslimah masakini yang direka khas untuk memudahkan ibadah yang dilakukan setiap hari, dengan ciri dan corak yang selesa serta mudah digunakan sesuai dengan keadaan semasa.


Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Telekung Reehans Pilihan Muslimah



Satu ketika dahulu, saya pernah terfikir untuk berniaga telekung secara online, namun kerana kekurangan sumber dan pilihan telekung yang berkualiti, saya terpaksa menangguhkan hasrat tersebut.

Kini dengan adanya produk Telekung Reehans yang boleh didapati secara online, kegusaran saya semakin berkurangan. Mungkin saya boleh memilih untuk menjadi pelanggan tetapnya dan membeli pada jumlah yang banyak samada untuk kegunaan sendiri ataupun diberikan kepada adik beradik perempuan saya yang lain.


Telekung Reehans Pilihan Muslimah


Tetapi, mesti anda tertanya-tanya apakah itu Telekung Reehans? Mengapakah telekung Reehans menjadi pilihan muslimah masa kini? Dan, bilakan Reehans Telekung ditubuhkan? Baiklah, saya kongsikan maklumat seterusnya untuk anda kenal siapakah Reehans Telekung.

Latar Belakang Telekung Reehans


Telekung Reehans diasaskan pada bulan Jun 2015.

Daripada sumber FB Telekung Reehans

Reehans Telekung adalah Inovasi Pertama yang disediakan untuk memenuhi keperluan Muslimah Moden yang ingin menggunakan Pakaian Solat yang amat Praktikal, Selesa, Diyakini ini dihasilkan dengan penuh teliti dan mengambil masa yang agak lama untuk direalisasikan bagi memastikan kualiti yang terbaik untuk setiap pemilik.Reehans Telekung ini memudahkan pengguna ketika memakai dan menanggalkannya serta menambahkan keyakinan dan kerajinan ketika beribadah. Reehans Telekung merupakan telekung yang amat praktikal dan kami menggunakan material English Cotton dan Italian Valentro yang terbaik dan selesa ketika dipakai. Dapatkan Reehans Telekung dan Inshaallah kami yakin anda pasti akan menyukainya.
Untuk menempah atau membuat pembelian Telekung Reehansanda boleh menghubungi maklumat yang berikut:

WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: reehanstelekung@gmail.com
Facebook: Reehans TelekungWebsite:www.reehans.com


Atau, anda boleh dapatkannya terus melalui Lazada.com.my dan cari reehans-telekung.


Apakah Telekung Reehans?


Telekung Reehans adalah satu produk telekung yang berkualiti keluaran syarikat bumiputra yang beribu pejabat di negeri Kedah. Untuk maklumat dan info lanjut berkaitan telekung reehans, anda boleh dapatkannya pada hujung artikel ini.

Terdapat banyak koleksi telekung yang selesa dan cantik serta harga berpatutan di Reehans Telekung. Buat masa ini, Reehans Telekung mengeluarkan 3 koleksi menarik dan patuh syariah iaitu Balqis Telekung, Nur Telekung dan Rania Telekung. 

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

TELEKUNG REEHANS BALQIS

  • Telekung Reehans Balqis dijual pada harga permulaan RM190-00. 
  • diperbuat daripada kain cotton English. 
  • lebih kurang 24 aneka pilihan koleksi Telekung Reehans Balqis
  • diperbuat dengan kain kapas yang lembut, bermutu tinggi dan pelbagai corak bunga pada kain telekung tersebut seperti flower lavender purple dan flower sweet green. Ia amat selesa dipakai, lembut, gebu halus dan tidak panas walaupun dalam keadaan cuaca yang panas seperti di negara kita ini. 
  • terdapat dalam saiz M dan L


Telekung Reehans Pilihan Muslimah

TELEKUNG REEHANS NUR

  • Telekung Reehans Nur dijual pada harga permulaan RM200-00
  • Koleksi Telekung Reehans Nur ada 7 aneka pilihan
  • dihasilkan dengan menggunakan kain yang bermutu tinggi daripada material Italian Velentro.
  • Cirinya yang menarik, seperti beropol di bahagian bawah telekung dalam pelbagai warna terutamanya warna dusty pink, grey, light white, mint blue, purple violet, vanila cream dan green ocean. 

TELEKUNG REEHANS RANIA

  • telekung reehans Rania dijual pada harga permulaan RM240-00
  • dibuat daripada kain fabrik yang eksklusif dan ada nilai komersial dari segi materialnya, iaitu daripada Italian Velentro. 
  • tidak mempunyai ropol di bahagian bawah telekung.
  • Telekung Reehans Rania mempunyai 2 jenis warna sahaja iaitu dusty pink dan vanila cream.
  • bercirikan gaya moden dan fesyen terkini.

Mengapa Telekung Reehans Mesti Menjadi Pilihan Muslimah


Dalam memilih telekung yang berlambak di pasaran, kita ada hak untuk membuat perbandingan samada dari segi pilihan, harga, kualiti dan stok sedia ada yang boleh menampung permintaan kita sepanjang masa. Begitulah juga dengan telekung Reehans. Dengan tagline, 'Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria", ia didapati menepati ciri-ciri satu produk yang memiliki kredibiliti untuk bertahan lama dan dijadikan pilihan utama Muslimah di Malaysia.

Telekung Reehans selesa dipakai di mana sahaja bukan setakat untuk bersolat di rumah semata-mata. Ia juga sesuai untuk dipakai ketika menghadiri kuliah fardhu ain dan dijadikan barang hantaran untuk sesuatu majlis perkahwinan. Untuk lebih simbolik, kita boleh hadiahkan telekung Reehans kepada wanita kesayangan kita sebagai tanda kasih sayang tak berbelah bahagi.

Telekung Reehans menjadi Pilihan Muslimah kerana dijual pada harga yang berpatutan iaitu daripada serendah RM190.00 sahaja.




Telekung Reehans - "Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria"


Tagline Telekung Reehans - 'Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria' adalah salah satu bukti bahawa syarikat begitu komited dalam menyebarkan seruan dakwah secara berterusan dan mesra. Dengan cara ini, mereka mudah dekat dengan pengguna dan menjadi pilihan Muslimah untuk mesti memiliki sepasang Telekung Reehans.

Jadi, bagi anda diluar sana yang masih tercari-cari telekung yang selesa untuk bersolat, belilah produk Reehans Telekung dengan pelbagai corak dan gaya yang pastinya memenuhi syariat Islam.


Telekung Reehans Buat Anda Solat Dengan Selesa


Tentu anda pernah dengar satu kalimah hikmah tentang orang yang merendahkan diri dalam solatnya.

Ibaratnya, ...'Hati itu seperti pohon. Bila dahannya rendang, burung-burung pun senang hinggap di atasnya. Bila hati bercabang, fikiran-fikiran dan nafsu pun senang bermain di dalamnya. Solatlah dengan solat yang memutuskan perpisahan dari dunia. Allah tidak akan terasa (dengan penyerahan) tersebut bila urusan dunia bertebaran di dalam hati.'

Begitulah pentingnya peranan telekung dengan solat. In sha Allah, telekung yang selesa membolehkan kita beribadat dengan khusyuk terutamanya ibadat solat. Bukankah telekung dan solat sangat sinonim antara satu sama lain?



Akhir kata, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah yang memiliki sekalian alam. Dari itu, Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria.

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur

Read More ....


Post a Comment

17 Comments

  1. Salam Aynora.... moga sejahtera.... wah...artikel Telekung Reehans Pilihan Muslimah amat detail dan sempurna. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Kamil. Saya lebih kagum dengan anda yang sangat aktif berblog & mahir SEO. Semoga suksess juga..

      Delete
    2. Terima kasih saudara Kamil. Saya lebih kagum dengan anda yang sangat aktif berblog & mahir SEO. Semoga suksess juga..

      Delete
  2. best enrti ni. semoga berjaya dalam contest telekung reehans pilihan muslimah, aynorablogs!

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak peniaga yang jual online sekarang ni. tapi koleksi balqis tu betul cantik. reehans punya telekung unik sebab senang pakai sarung sekali je. memang kena sangat dengan ayat Telekung Reehans Pilihan Muslimah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar FR. Kita kena bijak memilih dan dpt melakukan ibadah dengan tenang. Itu yg penting..

      Delete
    2. Kain die pun mesti sedap sebab guna kain italian valentro. dulu baju kawen pun pakai kain tu. flowy habis huhuh

      Delete
  4. As-Salam. Terima kasih kerana sudi join kontest ini.
    Saya sahkan penyertaan Aynora .. semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam HH, tq. Ya..moga ada rezeki utk menang. Hihi..

      Delete
  5. Selamat maju jaya

    ReplyDelete
  6. salam, BW here :)
    inovasi telekung yg sgt memudahkan kaum hawa utk beribadah
    semoga berjaya!

    ReplyDelete
  7. Moga jenama reehans telekung ini dapat menjadi salah satu pilihan oleh muslimah masa kini

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close