Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Inilah Malam Yang Paling Sukar, Adikku - Luahan Hati TMJ

Inilah Malam Yang Paling Sukar, adikku - Luahan Hati TMJ | Bismillahirrohmaanirrahiim. Merafak sembah takziah ke atas keluarga Diraja Johor di atas kemangkatan anakanda Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil, pada 5 Disember 2015.




Petikan teks hebahan tempoh berkabung untuk seluruh bangsa Johor.

"Assalamualaikum YB Dato/Tuan, Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm tadi (5hb.Dis) di hospital Sultanah Aminah. Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.

Tempoh berkabung telah di tetapkan selama tujuh hari bagi rakyat Johor bermula dari tarikh kemangkatan baginda. Penutupan pusat-pusat hiburan dan penganguhan majlis-majlis berbentuk hiburan di Johor pada hari kemangkatan dan hari pemakaman baginda.

Rakyat Melayu, Islam hendaklah memakai kain putih selilit 2 inci pada songkok dan bagi yang bukan beragama Islam, mereka hendaklah memakai selilit kain hitam selebar 7.62 cm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Bagi perempuan Islam pula, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan bukan Islam, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.

Lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai."



Namamu Akan Di Bawa Oleh Warisku - TMJ


Dari fb #JOHORSouthernTigers,

Kepada adikku yang dikasihi... Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu. Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri. Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu. - DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close