Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aneka Resepi Kerang Yang Lazat

Aneka Resepi Kerang Yang Lazat - Kerang adalah sejenis makanan laut sama spesis dengan kupang, lala, siput sedut dan banyak lagi. Saya kongsikan sedikit info yang saya baca, kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi ni berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.

Daging kerang/tiram mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja. Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.

So, saya kongsikan aneka resepi kerang yang lazat kerana saya dah tahu banyaknya khasiat kerang, kan? Rugi bagi sesiapa yang tidak makan kerang. Semoga perkongsian resepi dari pelbagai sumber di bawah ini dapat dimanfaatkan oleh sekelian pembaca blog saya.

Aneka Resepi Kerang Yang Lazat


Saya kongsikan aneka resepi berasaskan kerang kepada para penggemar makanan laut tersebut. Kerang bukan sahaja makanan laut yang tinggi protein tetapi juga boleh dipelbagaikan menunya untuk disesuaikan dengan kegemaran rakyat Malaysia.


Resepi Rendang Pedas Kerang

Resepi rendang pedas kerang ni mudah saja nak membuatnya. Ada seorang rakan saya berasal dari Negeri Sembilan mengajarkan saya membuatnya. Tapi disebabkan dia ajar saya guna gambar saja, maka saya salin resepi dari blog ini. Terima kasih in advance...

Aneka Resepi Kerang Yang Lazat

Bahan-bahannya:

1 kg. isi kerang rebus
500 gram santan pekat
350 gram kerisik
200 gram halia muda – dihiris
1 batang serai – dititik/diketuk
2 – 3 keping asam gelugor
2 – 3 helai daun limau purut – disiat
6 helai daun kunyit – dihiris halus
5 helai daun limau purut – dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya

Bahan Kisar Halus:

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 – 4 ruas kunyit hidup
2 inci halia tua
2 inci lengkuas
3 batang serai
3 senduk cili kering kisar
4 – 5 biji cili padi merah
Air secukup untuk mengisar

Cara menyediakan rendang pedas kerang

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halia muda yang telah dihiris dan goreng sehingga kekuningan dan layu.
2. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehingga garing dan terbit minyak.
3. Tuangkan santan. Masukkan daun limau purut yang disiat dan serai yang dititik dan asam gelugor. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan isi kerang. Setelah kuah rendang agak kering, masukkan kerisik dan kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan hirisan daun limau purut. Kacau lagi dan biarkan ia mereneh seketika di atas dapur.
7. Bila telah menepati citarasa dan setelah minyak timbul dipermukaan kuah rendang, bolehlah ditutup api. Sedap dimakan dengan nasi panas, dan dicicah dengan ketupat pulut, lemang, dan ketupat nasi.

Resepi Kari Kerang

Resepi ini saya kongsi daripada blog ini jomsantap, dan ini pertama kali saya terjumpa resepi kerang masak kari. Tak pernah cuba pun, tetapi jika ada masa saya akan try nanti..hihi


Aneka Resepi Kerang Yang Lazat


Bahan-bahan:

1.2kg kerang segar, bersihkan dan toskan
250ml santan
1 liter santan cair
Sedikit air (jika perlu)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar kari ikan
5 biji kentang
2 keping asam gelugor atau air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:

1 biji bawang merah
7 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/3 belacan

Bahan tumis:

4 biji bawang merah - tumis
2 ulas bawang putih - hiris
3 tangkai daun kari

Cara memasak kerang masak kari

1. Satukan rempah kari dengan bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, masukkan rempah kari dan bahan kisar halus dan biar hingga terbit minyak dengan gunakan api sederhana.

2. Masukkan kentang. Masak seketika biar kentang lembut.

3. Masukkan kerang dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan masukkan asam gelugor, biar mendidih hingga kerang masak (kulit kerang terbuka). Masukkan santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.

4. Kacau sedikit. Masak dengan api sederhana. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kueh Teow Kerang

Aneka Resepi Kerang Yang Lazat

Bahan-bahan:
  • 1/2 senduk minyak masak
  • bawang; 2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 genggam taugeh
  • fish ball, meat ball, 1 tin kerang panggang (dlm tin brand REX)
  • 1 bungkus mee Kueh Teow
  • 1 mangkuk taugeh
  • secukupnya sos tiram, kicap masin & kicap manis (ikut selera masing2)
  • garam & perasa
  • Daun bawang & daun sup dihiris (hiasan)
Cara-cara menyediakan kueh teow kerang

1. Panaskan minyak masak dlm kuali, masukkan bwg masak hingga wangi & layu. Kemudian tmbah cili kisar.

2. Masukkan fish ball, meat ball, kerang panggang & taugeh..gaul sebati.

3. Masukkan kueh teow (mee), gaul sebentar dan tambah sos tiram, kicap masin, kicap manis, garam & perasa. Kemudian masukkan taugeh. Seimbangkan rasa dan masak hingga sebati.

4. Dah siap boleh lah di hias dengan daun sup dan daun bawang. Selamat mencuba resepi yang sangat mudah ini.

Resepi Kerang Bakar Ala Portugese Grill

Kerang bakar? Hmmm...saya suka kerang bakar ni. Pengalaman pertama kali makan kerang bakar adalah ketika kami sekeluarga makan di medan ikan bakar di Melaka. Nama tempat pun dah lupa, memang dekat dengan laut. Resepi kerang bakar portugese grill saya kongsi dari blog ini

Aneka Resepi Kerang Yang Lazat

Bahan utama:

2 mangkuk kecil kerang
Sedikit bawang besar (dimayang)
Air asam jawa, gula & garam secukupnya
Daun limau purut

Bahan kisar:

1 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili api (kalau nak lagi pedas sila tambah lagi)
1 inci lengkuas/halia
Belacan (ikut suka)
2 sudu besar cili giling
Sedikit air

Cara-cara menyediakan kerang bakar ala portugese grill

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau/pecah minyak.
2. Tambah air asam, gula dan garam. Kalau nak berkuah sikit tambah air. Masak sampai pekat & naik bau.
3. Letak kerang dalam aluminium foil, dan tuang bahan tumis tadi tu atas kerang.
4. Bubuh daun limau purut & bawang yang sudah dimayang itu di atas kerang dan bungkus.
5. Bakar dalam oven atau di dapur sampai masak. Jangan lama sangat nanti kering pulak ya...

Resepi Sambal Tumis Kerang Dengan Petai

Antara blogger resepi yang saya minat adalah Mat Gebu. Resepinya simple dan mudah. Banyak resepi kampung yang dikongsikan yang menjadikan saya peminat setia blog Encik mat Gebu ni. Kali ini saya ambil resepi sambal kerang dengan petai dari blognya untuk perkongsian bersama. 

Aneka Resepi Kerang Yang Lazat

BAHAN-BAHANNYA:-

1 cawan isi kerang
2 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi penuh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus)

Cara menyediakan sambal tumis kerang dengan petai

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah jus asam jawa dan kacau rata. Masak hingga pekat sedikit.

2. Masukkan kerang dan petai, tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

Resepi Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Dengan Kerang

Kali ini resepi tradisonal/kampung yang dimasak dengan kerang. Resepi apa? Pucuk ubi masak lemak cili padi dengan kerang. First time saya tengok resepi ni, tapi boleh di cuba bagi yang minat. Saya kurang makan pucuk ubi...

Aneka Resepi Kerang Yang Lazat

Bahan-bahan: 

1 ikat pucuk ubi - diambil daun saja 
Santan kelapa secukupnya 
2 - 3 cawan isi kerang 
Garam secukup rasa 
1 keping asam keping 

Bahan ditumbuk lumat: 

1 inci kunyit hidup 
10 biji cili api - boleh ditambah atau dikurangkan 

Cara menyediakan masak lemak cili padi pucuk ubi dengan kerang

1. Bersihkan pucuk ubi dan diambil semua daun kemudian direbus sampai empuk . Tos dan ketepikan dulu . 

2. Tumbuk lumat semua kunyit hidup dan cili api . Kalau tak mau pedas kurangkan cili api . 

3. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam periuk bersama santan pekat , isi kerang dan asam keping . Kacau semua bahan dan masak kuah sampai mendidih . 

4. Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa serta di kacau sekejap . Biarkan sampai kuah mendidih dan sekali sekala kacau kuah . Bila pucuk ubi dah masak boleh lah ditutup api dapur.

Aneka resepi kerang yang lazat di atas di harap dapat memberikan anda idea untuk menyediakan menu yang pelbagai untuk keluarga tersayang. Memasak dengan perasaan ikhlas akan menjadikan kita lebih bahagia dan selalu bersyukur di atas segala nikmat-nikmatNya.

#sebarkan info...aneka resepi kerang yang lazat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close