Resepi Daging Goreng Lada Hitam. Hari ini hari Ahad, jadi saya kena masak untuk family tersayang. Habis dah list menu saya untuk masak seminggu, almaklum bagi ibu bekerja, kami memang suka standby menu memasak seminggu terutamanya bila tiba musim cuti sekolah. Macam-macam resepi dicuba tetapi untuk langkah selamat, biasanya kami akan sediakan resepi mudah dan campak-campak punya. Haha...
Hari ini saya nak masak daging goreng lada hitam. Menu kegemaran hero besar saya. Sejak duduk asrama, pandai dah makan daging blackpapper ni. Dulu nak makan daging pun macam nak menangis seksanya!!
Bahan-bahan:
500 gram daging lembu - dipotong kecil dan nipis
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan tepung jagung (dibancuh)
1 cawan air (dibancuh)
2 sudu makan lada hitam - ditumbuk
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B Tumisan:
5 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
Bahan C Hiasan:
2 tangkai daun sup - potong 2 inci
2 tangkai daun bawang - potong 1 inci
1 biji tomato - potong 6
2 biji cili merah - potong serong
3 biji cili hijau - potong serong
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris hingga wangi dan layu
2. Masukkan daging dan goreng hingga daging lembut
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat, lada hitam dan garam
4. Masak hingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan.
Nota:
Anda boleh juga gorengkan daging dahulu sebelum memasak dengan bahan-bahan di atas. Gaulkan daging dengan garam dan halia, goreng sederhana garing dan toskan. Bila bahan tumisan dah layu, baru masuk kan daging yang telah digoreng awal tadi.
Selamat mencuba. Mudahnya memasak jika ada perasaan.., memasak dengan rasa..
Hari ini saya nak masak daging goreng lada hitam. Menu kegemaran hero besar saya. Sejak duduk asrama, pandai dah makan daging blackpapper ni. Dulu nak makan daging pun macam nak menangis seksanya!!
Resepi Daging Goreng Lada Hitam Sedap
Bahan-bahan:
500 gram daging lembu - dipotong kecil dan nipis
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan tepung jagung (dibancuh)
1 cawan air (dibancuh)
2 sudu makan lada hitam - ditumbuk
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan B Tumisan:
5 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
Bahan C Hiasan:
2 tangkai daun sup - potong 2 inci
2 tangkai daun bawang - potong 1 inci
1 biji tomato - potong 6
2 biji cili merah - potong serong
3 biji cili hijau - potong serong
Cara menyediakan Daging Goreng Lada Hitam Sedap Menyengat
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris hingga wangi dan layu
2. Masukkan daging dan goreng hingga daging lembut
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat, lada hitam dan garam
4. Masak hingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan.
Anda boleh juga gorengkan daging dahulu sebelum memasak dengan bahan-bahan di atas. Gaulkan daging dengan garam dan halia, goreng sederhana garing dan toskan. Bila bahan tumisan dah layu, baru masuk kan daging yang telah digoreng awal tadi.
Selamat mencuba. Mudahnya memasak jika ada perasaan.., memasak dengan rasa..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.