Cara Menulis Resume Yang Baik | Penyediaan satu-satu resume sangat penting sebagai wakil kepada diri kita dalam urusan mencari kerja. Resume yang baik dan 'bijak' akan dapat perhatian yang lebih berbanding resume yang biasa2 shj. Resume yang menarik sangat memungkinkan seorang pencari kerja untuk mendapat panggilan temuduga kerja. Adalah lebih baik jika surat permohonan yang dihantar sebaiknya berbentuk resume (mengenai data diri) berbanding curriculum vitae-CV (riwayat hidup).
Resume dan CV berbeza. Perbezaan antara resume dan CV adalah, resume hanya perlu memuatkan maklumat yang berhubungan dengan profesional seseorang. Sementara CV banyak menuntut kita memuatkan maklumat personal yang tak ada hubungan langsung dengan profesional.
Kelebihan lainnya, resume maksima hanya perlukan dua halaman, sementara CV boleh mengandungi banyak halaman. Dengan tanggapan bahawa, pencari pekerjaan harus membaca banyak tawaran yang datang sehingga hanya punya masa yang sedikit untuk membaca setiap detail tawaran yang datang. Membuat resume dengan bijak boleh menarik peluang untuk ditemuduga.
Cara Menulis Resume Yang Baik
Pada dasarya resume adalah tulisan yang menyajikan informasi yang jelas, ringkas, dengan format yang rapi.
Dari prinsip dasar tersebut dapat diturunkan menjadi beberapa langkah dalam membuat resume dalam kaitannya untuk menarik peluang pekerjaan:
1. Buatlah informasi yang jelas dan ringkas.
Informasi yang jelas dan ringkas iaitu informasi yang berhubungan dengan keprofesionalan seseorang. Informasi yang tidak berhubungan dengan keprofesionalan adalah informasi yang cenderung kepada personal, seperti status perkawinan, jumlah anak, agama, golongan darah, serta sejarah pendidikan. Informasi yang cenderung personal seperti itu memang sebaiknya tidak dicantumkan. Sebab, keterangan semacam itu boleh memancing anggapan-anggapan tertentu yang biasanya kurang menguntungkan pencari kerja. Sementara untuk mengetahui kualiti pencari pekerjaan yang lebih dalam adalah melalui temuduga. Anggapan negatif boleh menyulitkan peluang pencari kerja memperoleh temuduga.
2. Jangan membuat format yang menarik tetapi mengabaikan isi.
Mengurus informasi diri adalah hal penting yang harus mendapat perhatian pemohon. Seorang pemohon sebaik mungkin boleh menonjolkan potensi dirinya, misalnya melalui pencapaian-pencapaian (accomplishment) yang mereka pernah capai. Seorang pemohon kerap kali terlupa menyajikan accomplishment mereka, tetapi hanya menyenaraikan responsibility (tanggung jawab) pada pekerjaan mereka sebelumnya. Padahal, accomplishment boleh menjadi jaminan bahawa si pemohon ini dapat bekerja dengan baik dalam berbagai situasi.
3. Harus bersikap jujur .
Di dalam resume anda, jika ada suatu projek yang pernah dijalankan berjaya, dan itu merupakan kerja berpasukan, nyatakan juga bahawa anda merupakan bahagian dari pasukan tersebut, bukan prestasi individu.
4. Menyenaraikan kegiatan ko-kurikulum semasa di universiti tiada salahnya.
Namun, sebaiknya hanya mencantumkan kegiatan yang sekiranya cukup penting dan ada pencapaian yang berhasil diperolehi melalui kegiatan tersebut. Tidak digalakkan mencantumkan berbagai seminar yang pernah diikuti. Itu kurang relevan dan hanya menambah panjang halaman resume sahaja.
5. Hindari menuliskan kata2 puitis dan berbelit2 yang tidak akan dinilai dalam surat permohonan.
Seperti lazimnya resume dan surat lamaran (cover letter) masa kini ditulis dalam bahasa Inggeris. Contoh kalimah, “having strong managerial skill” (memiliki kemampuan managerial yang kukuh). Apakah kalimah dalam surat lamaran itu ada penjelasannya di dalam resume? Jika tidak, jadi hanya kalimah2 baik yang tidak ada ukurannya untuk dinilai oleh penemuduga. Jika pemohon ingin menuliskan deskripsi diri dengan kata2 yang “tinggi”, sebaiknya juga menyertakan bukti sokongan dan relevan dalam resume. Kesalahan yang sering dilakukan oleh pemohon, terutama pemohon yang belum berpengalaman adalah meniru resume orang lain. Hal ini amat merugikan kerana setiap orang mempunyai karakter yang berbeza.
Daripada paparan di atas, mengapa tidak mulakan menulis resume anda sekarang untuk mendapat tawaran kerja yang anda impikan?
Selamat berjaya!
Daripada paparan di atas, mengapa tidak mulakan menulis resume anda sekarang untuk mendapat tawaran kerja yang anda impikan?
Selamat berjaya!
2 Comments
Bagus entry ni. Sangat berguna!!
ReplyDeleteYa!! Saya setuju.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.