Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

ayat-ayat cinta bercerita, cintaku padamu...

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Aku selalu lupa, aku selalu alpa tetapi Engkau tetap hadir. Engkau tak gagal mendampingi hatiku yang kering. Saat hati berdetik, menyesali kerumitan hidup yang dilalui, Kau terus ada pada setiap tangan ku hulur. Kau selalu ada dalam bisikan rayuanku.

Aku selalu tewas, mengharapkan kau segera memberikan apa yang aku minta. Aku tak sabar, aku sering marah dan dingin padamu. Aku terlalu tergesa-gesa. Tetapi dalam setiap kesempatan yang ada, aku kembali di atas landasanmu, berserah atas segala yang mendatang setelah puas aku berhempas pulas. Benar kataMu, usaha dan doa silih berganti, dan takdir akan berubah atas kaki kita sendiri!

Ayat Ayat Cinta...Rossa,

 


Demi masa kian lama kau datangkan kepadaku segugus bahagia, mana ada lagi jalan untukku berpaling. Aku serahkan seluruh keyakinan ini padaMu, setelah sekalian alam tersenyum melihat aku bahagia. Aku tak kisah andai selepas ini kau datangkan pula duka kerana aku pasti, setiap yang kau hamparkan kepadaku, telah kau halusi kemampuanku. Segala Yang baik datang dariMu. 

##Aynora Nur: Kun Fa Yakun...jadilah maka jadilah, itu janjiMu!     

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Allah tidak pernah menjanjikan hidup ini akan sentiasa bahagia... makanya bersedialah menghadapi yg sebaliknya nanti.

    ReplyDelete
  2. delarocha: buruk @ baik, hidup harus diteruskan dengan tabah.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close