Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Duhai bonda, Bilakah akan ku kecapi kasturi...

 

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Aku kelu. Dimana nak aku mulakan. Walau disusun berhelai helai surat dan kertas, aku masih gagal menyenaraikan pengorbananmu. Yang mana aku tak ingat? Yang mana aku terlupa? Demi senyummu dalam tangisan pun aku gagal huraikan, apa makna semua itu. Aku kah ini yang bernama anakmu? Setelah hampir berdekad mengabdi budi pada aku, masih sudikah lagi kau sambut tanganku ini. Aku yang kerdil jika dibanding denganmu. Kau terlalu agung dari segala sisi dan segi. Kau sempurna pada mata 'dia' yang selalu di sisi.

Aku malu untuk menyatakan yang aku aku selalu berdosa. Tiap detik aku berusaha mendekati dan menjadi sepertimu. Tak pernah kau lelah menunggu tujuh butir mutiara yang kau zahirkan dengan kasih sayang menjadi dewasa, tak pernah sekali kata2 nista kau hamburkan. mampukah aku menjadi setabah seorang srikandi sepertimu?

Setelah 'dia' pergi...
Saat kau kehilangan dia
Jelas sekali ada air mata yang tumpah, aku tak tahu bagaimana mampu aku pujuk hatimu. Aku sendiri pun tewas dalam duka tak bertepi.




Ibu kaulah bonda yang berhati waja
Kau penuhi hari-hariku dengan warna pelangi, cerita2 dongeng hingga malamku penuh dengan mimpi indah. Kau hilangkan ketakutanku dengan kucupan kudus, kau hidangkan masakan lazat demi membuang duka laraku.

Kau pemberian istimewa dalam hayatku, dan kau bebaskan aku dengan selautan cintamu. Terima kasih bonda kerana menjagaku, terima kasih dengan pelukan eratmu yang sentiasa ada disisi bila aku perlukanmu. Aku berharap apabila kau teringatkan aku, kau nampak sebahagian dirimu ada dalam diriku. Layakkah aku duduk selamanya dalam hatimu, sesungguhnya senyuman ikhlas yang kau lemparkan sudah ku jumpa jawapannya.   

## Yang tersurat : Kasih ibu tiada galang gantinya
##Yang tersirat : Zahirkan kasih sayangmu ketika dia ada... 
      

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close