Tolong jangan jalan di belakangku, kerana aku bukan ketua. Jangan jalan di depanku, kerana mungkin aku tak akan ikut kau. Tolonglah berjalan disebelahku, kerana kita akan sama-sama merentasi segalanya bersama, biarpun duka ataupun suka. Kawan, demi sahabat dan persahbatan ini. Kekalkan apa yang kau telah pegang selama ini. Kerendahan hati dan kelembutanmu...itu yang aku kagumi.
Kawan, kaulah bunga tercantik yang aku pernah ada. Kau mekar dalam taman persahabatan kita, dan tak pernah layu selama-lamanya!
Walaupun mungkin kita selalu berSMS, beremail...tapi takkan sama dengan adanya kau didepanku. Aku selalu tertunggu saat kau mengatur cerita, ada kelakar dan gila2 sikit, tapi kau tetap tak luakpun dalam keayuan. Kau teman dan lawan saat melontar idea, dalam kuliah pun kita tetap bergurau senda. Kau hadir dengan pakej lengkap seorang bijaksana dan muslimah idaman hati lelaki.
Kawan, dalam aku tak ada harapan dan kepercayaan dalam diri, kau tetap berdiri teguh dengan mempercayai aku, bangunkan semangatku dan kau tetap percaya aku boleh!
Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA
2 Comments
kawan sejati, selama²nya akan berdiri disisi memberi sokongan .. =)
ReplyDeletewww.anastasyea.com
@Anastasyea Aida saya setuju dgn Anas, bila dah hilang sukar di cari ganti.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.