Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Buah Untuk Diet Yang Sihat | Resepi Salad

Kenapa kebanyakan daripada kita TIDAK suka buah-buahan? Malas membeli dan jarang sekali menu buah-buahan ada dalam hidangan di rumah. Kadang-kadang tu, buah-buahan pun hanya disentuh ketika dijamu orang lain atau ketika menikmati hidangan bufet.

Sebenarnya makan buah amat bagus terutama buah yang banyak serat semulajadi seperti buah jambu batu, epal hijau dan belimbing besi.

Makan Buah Untuk Diet Yang Sihat


Resepi salad buah sumber google



Korang tau tak buah-buahan elok dimakan sebelum makan nasi kerana selain khasiat buah dapat membantu penghadaman, ia juga membuatkan kita terasa penuh perut dan mengelakkan kita terlebih makan selepas itu.


Memang sangat rugi jika tidak mengambil kesempatan terhadap kelebihan buah yang begitu banyak sekali khasiatnya. Bukan itu sahaja, buah sering dikatakan pembantu yang baik dalam mengekang obesiti daripada menimpa diri manusia.


Gaya hidup sihat bukan hanya dikaitkan dengan tabiat rajin bersenam tetapi juga mengamalkan pemakanan berhemah.


Resipi salad buah-buahan (sesuai untuk enam tetamu)


Bahan:


2 biji epal hijau (dipotong dadu)
2 biji epal merah (dipotong dadu)
1/2 kilo anggur merah
1/2 kilo anggur hijau
2 biji mangga (dipotong dadu)
1 nanas (dipotong kiub)
3 biji belimbing besi (dipotong kiub)
1/2 biji tembikai susu (dipotong kiub)
3 cawan yogurt (perisa yang disukai)


Cara penyediaan:


Semua buah-buahan digaul dengan yogurt dan disimpan di dalam peti sejuk. Hidang setelah tetamu datang dan makan bersama-sama.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close