Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kentang Goreng Bersalut Tepung

 

**Gambar ni ambil kat google image, saya masak taklah gelap macam ni...

Seperti yang saya maklumkan, pada setiap hari Isnin saya tak ada mood sangat nak mengepos entri. Sebab semalam dah penat mengemas rumah yg dah agak bersawang2, maka hari Isnin jadi kabus dan berkabur bagi saya. So, saya letak aje entri apa yang saya masak semalam masa minum petang.

Disebabkan kat rumah saya ada banyak koleksi kentang, maka saya ciptakan menu minum petang bertajuk, Kentang Goreng Bersalut Tepung.

BAHAN-BAHAN
6 biji kentang (untuk makan empat orang - dibuang kulitnya)
Tepung goreng adabi
sebiji telur ayam
minyak untuk mengoreng

CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Kentang yang telah dicuci dipotong memanjang (macam nak goreng keledek)
2. Tepung gandum digaul bersama telur dan sedikit air (biar cair)
3. Kentang dicelup dalam tepung dan di goreng sehingga masak.
4. Bila sudah masak, agak-agak tepung dah garing, angkat dan hidangkan.
5. Dicicah dengan sos chili pun sedap.


Selamat mencuba. Tak sampai 15 minit pun menyediakannya.

##Aynora Nur : 15 minute meal, hot and easy!!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. tengah tak ada mood pun resepi sedap tu...

    ReplyDelete
  2. @Anonymous masak tetap masak w'pun tk de mood...dh tugas...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close