Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sampaikanlah Salam Cintaku padanya, walaupun terluka...


Aku tiba-tiba terkenang! nakal adalah aku, remaja eksyen pun aku. Zaman sekolah retro yang menyenangkan. Aku ada kawan kawan baik, baik sangatkah kawan kawanku? Aku comel juga, comot pun boleh juga! Dalam kecomotan yang comel itu, aku menawan seseorang. Dia lelaki. Aku gadis sunti. Aku jadi perhatian geng seluar ketat itu yang diketuai oleh sidia lelaki itu yang aku tawani.

Aku dapat sekeping kad pada hari yang indah, saat indah kerana aku baru saja kena panggil dengan GB kerana berkain senteng! Hah! aku otak tak senteng...itu penting kerana persepsi orang tentu dua kali lima. Sekeping kad yang dikirim oleh si penyanyi bersuara 'katak panggil hujan' yang aku panggil sidia. Pagi tadi aku dihiburkan dengan lagu Alleycats dendangan sidia,

'....sampaikanlah salam cintaku padanya,
walaupun terluka namun ku masih sayang'


Sebaik kad dibuka, sesuatu terjatuh. Ada handy plus di dalamnya dengan imej 'love' yang terbelah dua! Ah! Aku lupa khabarkan, semalam aku tolak cinta sidia. Hari ini sidia mengirim kad cinta yang terluka. Kreatif betul. Aku harap sekarang ini sidia masih kreatif seperti itu lagi.

...aku tak suka sebab dia mengada-ngada
aku tak suka sebab dia lebih manja
aku tak suka sebab dia comot tak pandai bergaya
aku tak suka sebab dia aku malu
aku tak suka sebab aku belum pandai suka pada orang lelaki
aku tak suka sebab...
....tak ada sebab.

aku tolak cintanya bukan sebab dia hitam.
Sidia...jangan salah faham, ok!

Peace!!  

    

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close