Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Mencari Lelaki Untuk Dijadikan Suami

Tips Mencari Lelaki Untuk Dijadikan Suami. Ada ke? Boleh dipercayai kah fakta-fakta yang nak dikongsikan nanti. Ingatan buat semua wanita, hendak mencari teman hidup atau suami kena ada perancangan dan ilmu. Tidak boleh ikut sesuka hati tau..

Tetapi jika segalanya telah dilakukan, tetapi kata hati memilih kriteria calon suami yang tidak popular, berserah sajalah. Pilihan kita yang buat. Jangan dipersalahkan orang lain dengan keputusan yang silap.

 

Tips Mencari Lelaki Untuk Dijadikan Suami

Anda masih solo? Wahai wanita2 di luar sana, tips berikut saya baca dari tentangcinta.com. Tips sempoi bagaimana nak cari pasangan (lelaki) untuk dijadikan suami. Tetapi, kadang-kadang apa yang baik tu tak ternampak di mata, yang jelik juga jadi pilihan. Mengapa ek?? (slanga orang Johor...)

Sebagai wanita, kita kena berhati2 untuk memilih pasangan hidup. Janganlah judge the book by its cover, ok. Yang ensem tak semestinya elok...hihi

1. Yang berkemampuan

Mampu dari segi fizikal dan mental. Samada untuk memberikan nafkah zahir atau batin. Semuanya harus ada pada calon suami anda wahai wanita. Lagi satu, mesti mampu menyara keluarga kita nanti dan memberikan keperluan material yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

2. Sebagai penjaga dan pelindung

Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Sentiasa mengajak ke arah kebaikan

Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

4. Kebolehan membantu kerja-kerja rumah

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Tidak bersangka buruk terhadap wanita

 Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin 

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.


7. Mudah memaafkan.

Calon suami haruslah seorang lelaki yang mudah memaafkan, berhati lembut dan tidak panas baran. Bukan seorang yang pendendam dan suka mendera wanita.

8. Pengetahuan agama yang tinggi dan keturunan yang baik-baik

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya. InsyaAllah.

##Aynora Nur: Wahai wanita gandakan sikap berhati2 anda di dalam dunia lelaki!!
#sebarkanbahagia 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. suka ayat terakhir di situ...
    sooo true.. jangan mudah nak percaya sangat dengan kaum lelaki nih.. bukan lah gender bias, tapi sebagai ingatan, should be careful.. but, nice tips there.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Dah dpt..tp hilang sekelip mta

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close