Kali ini saya nak share dengan blogger di luar sana terutamanya yang baru nak belajar dan mengenali dunia blog tentang bagaimana menukar template blog korang. Pertama sekali pastikan anda telah membuat ‘back up’ untuk template yang lama. Bukannya apa, ia berguna jika sekiranya anda mahu menggunakan balik template lama, jadi bila bila masa anda boleh gunakannya semula.
Untuk menukar kepada template baru, pastikan anda sudah ada template yang di simpan di dalam komputer anda atau ‘copy&paste’ dari lelaman web yang berkaitan. Contohnya, banyak XML template percuma yang saya gunakan adalah daripada Btemplate.com,
Okey, sekarang dah sedia untuk menukar template anda? Ikuti langkah2 berikut:
1. Masuk ke blogger dengan ID anda
2. Setelah masuk ke ruangan Dashboard, tekan Layout.
3. Kemudian tekan butang ‘edit HTML’
4. Tekan pautan ‘Download full template’. Simpan template lama anda. Delete/Padam template lama anda dari dalam kotak tersebut. Jadi, kawasan itu akan jadi kosong.
5. Copy/Salin XML template yang telah anda simpan dlm komputer.
6. Paste/Tampalkan dalam ruangan template lama yang anda sudah delete/padam tadi.
7. Preview template anda
8. Kalau suka, terus SAVE/simpan.
9. Sekarang blog anda sudah berwajah baru.
Selamat mencuba!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.