Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tawakal Jalan Terbaik Hadapi Setiap Dugaan

Salam,

Sesungguhnya kita semua adalah sama di sisi Tuhan. Kita pun makan benda yang sama cuma yg membezakan antara yang haram atau halal, yang berkah atau sebaliknya. Kita pun berjalan di bumi yang sama, tetapi mengapa masih mengeluh dengan nasib yang berbeza-beza?


 


Kalau inginkan mimpi yang indah2 sahaja, bagaimana kita nak tahu kesukaran dan kemanisan rasa sebuah kegagalan? Bukankah itu maknaya hidup tidak mencabar langsung. Dan kita semua dapat 'markah' yg sama sahaja atas segala kerja yang kita laksanakan. 



 


Atau, sudahkah sempurna tugas kita di dunia sehingga kita lupa pula untuk menjenguk akhirat? Kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan. Kesusahan di dunia hanya sementara, sebab itu kita tidak perlulah berkeluh kesah kepada semua orang. Menyembunyikan yang kita susah adalah kebahagiaan bagi orang lain, terutamanya orang2 yang rapat dengan kita. Berdoalah kepada Tuhan Yang Maha Pemurah!

Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus? Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Pada akhir sebuah rencana renungan di atas, marilah sama2 kita mencari bahagia di atas senyuman insan lain. Insya'Allah.

Smile!
aynora nur

Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close