Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Perkahwinan Yusry KRU & Lisa Surihani Akan Berlangsung Pada 2012

Salam,

Baru sekejap tadi Yusry KRU dan Lisa Surihani mengumumkan tarikh pernikahan mereka. Pengumuman khas tersebut telah dilakukan di Marriott Putrajaya Resort & Spa. Dalam sidang media khas itu turut serta adalah ahli keluarga Yusry dan juga ibu Lisa Surihani.  Bagi Yusry sidang media itu perlu demi menghormati dan berlaku adil kepada semua wartawan terutamanya wartawan hiburan. Rupa2nya keluarga Yusry telahpun menghantar cincin tanda kepada Lisa, tetapi tidak dapat dipastikan bila tarikhnya.
 

http://i.imgur.com/UrC5s.jpg
**Gambar Lisa Surihani & Yusry


Berikut sedikit maklumat tentang majlis mereka nanti:

- Yusry KRU & Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012.
- Resepsi perkahwinan pula pada 26 Februari 2012.
- Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
- Resepsi perkahwinan akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Sebelum ini pun pasangan serasi tersebut telah membuat pengakuan tentang hubungan mesra mereka. Saya berharap para peminat kedua pasangan ini dapat menerima perhubungan mereka dengan hati terbuka. Dia orang pun ada banyak kali cakap yang hubungan mereka berjalan atas landasan hubungan yang matang, matured relationship'.

Ada juga dengar gosip mengatakan pihakAstro mendapat hak eksklusif menayangkan perkahwinan merpati dua sejoli itu. Tapi tak dapat dipastikan lagi, bak kata Yusry dia tak boleh jawab secara langsung tentang perkara itu.
So, sekarang dah sah bahawa pasangan tersebut memang akan berkahwin pada tahun 2012. Ada dua lagi pasangan yang dijangka akan berkahwin pada awal tahun depan iaitu Fasha Sandha - Jejai & Awal Ashaari - Scha Alyahya. Kita tunggu siapa yang akan buat sidang media pulak lepas ni!

Nampaknya trend artis kahwin, buat sidang media dah jadi biasa sekarang ni. Tak ada apa yang nak dihairankan. Betul tak? 

Yang penting doakan mereka berbahagia dan rumahtangga kekal hingga ke akhir hayat.

Smile!
aynora nur



Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close