Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Siapakah Sahabat Sejati?

Salam sayang,

Rasulullah s.a.w pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.



Siapakah Sahabat Sejati?

Siapakah sahabat sejati? Apakah ciri-ciri sahabat sejati yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan: BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu: TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu: SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”.

Sahabat sejati? Memang ramai orang mengaku merekalah sahabat sejati, merekalah sahabat terbaik kita.

Tetapi, cuba korang uji sedikit dengan kesusahan dalam bentuk wang, siapakah yang tinggal? Zaman ini sahabat ramainya pada poket kita yang penuh. Jika kita miskin dan tiada apa2, para sahabat yang mengaku dirinya sahabat, hilang lesap entah ke mana...jadi, fikir-fikirkanlah!

akukah sahabatmu? - aynora nur


aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close