Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aku Penulis Yang Pelik, Mungkin...

Dengan lafaz namaNya...

Bersyukurnya saya masih diberi peluang untuk mengangkat tangan, menggunakan minda & otak dan diberikan ilham untuk menulis. Saya seorang yang agak 'odd thinking' tentang perjalanan sesebuah cerita @ novel yang saya hasilkan. Kadangkala saya sukakan cabaran dan mistik pada sesuatu watak. Macam yang terbaru saya sempat menyambung e-novel, 'Selamat Tinggal Kekasih'. Hrmm...tajuknya agak meruntun rasa tetapi percayalah, didalamnya saya muatkan dan akan masukkan rasa percaya dan keyakinan yang cukup tinggi seorang anak yatim piatu yang cuba membina empayar perniagaannya sendiri.


Apakah tajuk itu penting? Memang penting. Selamat Tinggal Kekasih saya kisahkan pergolakan dalam sebuah keluarga bangsawan dimana ketua keluarga sendiri pincang mendidik anak2 hinggakan dia sanggup mahu merogol bakal menantu sendiri. Saya letakkan tajuknya sedemikian kerana saya mahu tekankan bahawa kita boleh berjaya dengan meninggalkan kekasih, kita boleh jadi kuat apabila tinggalkan kekasih yang 'tak ada untungnya terus menunggu' dan banyak lagi.

Hiduplah kau dengan gembira jika ditinggalkan itu lebih membahagiakan buatmu...perjalanan sang penunggu selalu diliputi banyaknya awan hitam daripada langit cerah itu sendiri. Rasakan buih-buih harapan yang Dia taburkan pada tiap langkah yang kau awali dengan kalimahNya. Tidak terlewatpun untuk memulakan, dan tidak ada masa tamat pun untuk sebuah permulaan. 
Come to me, i'll tell sweet story, return to Him before you returned!

good luck dear readers & be good,
aynora nur 

   

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close