Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Memilih Sahabat Sejati

Salam sejahtera,
Dengan lafaz Bismillah...

Dalam zaman moden macam-macam orang yang kita jumpa. Ada yang sama tapi tak serupa sebenarnya. Luaran mungkin kita dapat menilai, tetapi apakah kata hati mereka kita boleh menebak juga? Itulah satu-satunya kriteria seorang sahabat yang kita inginkan, hanya dalam hati kita tak dapat menilai. So, ciri-ciri seorang sahabat yang baik dan mungkin juga kekal sebagai sahabat hingga ke akhir hayat kita adalah seperti yang akan saya paparkan:

Sahabat Sejati Tidak Mengira Sesiapa

1. Membalas Kebaikan 
Pernahkah anda terfikir mengapa kadangkala dalam keadaan tidak terduga, kita memberikan pertolongan kepada seseorang yang kita kenali dalam jangka waktu yang singkat? Padahal kita pun tak tahu apakah seseorang itu ikhalas atau sedang mempermainkan kita? Dan, tanpa kita duga, sahabat baru itu juga berbuat kebaikan, menyenangkan hati kita dan membantu pula di lain masa dan ketika...adakah anda terfikir? Persahabatan yang kita hulur di balas dengan seribu kenangan yang mengandungi kebaikan di dalamnya. Hmm...alangkah beruntungnya kita. Jika kita menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas persahabatan tersebut dengan baik. Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi diri kita.

2. Sentiasa ada ketika kita susah
Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan yang terdaya olehnya. Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan tangan yang terbuka luas. Jika sesuatu bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan beban yang kita pikul. Biasanya sahabat sejati bukan datang dari ahli keluarga sendiri, mengapa ya? Renungkanlah!

3. Menyimpan Rahsia

Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya. Jika kita mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi kita untuk berkongsi masalah tersebut. Kita tak perlu risau jika terlepas cakap atau mengadu pelbagai perkara, kerana kawan seperti itu tidak akan membocorkan rahsia kepada orang lain walaupun bila kita bagi lampu hijau untuk dia mengumumkannya. Kerana bagi seorang sahabat sejati, rahsiamu ku simpan erat di hati.

4. Tidak suka bertengkar

Jika kita berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.
Jika kita berselisih faham dengannya, dia lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.


5. Perancang yang hebat

Jika kita merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan tersebut.

6. Ketika dia menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.


Ingatlah pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna,
"Jadilah seperti pohon mempelam, walaupun dibaling batu, tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita"   

Dalam mencari seorang sahabat sejati, kita memerlukan seumur hidup kita untuk memilikinya. Untuk mencari musuh, cukup dengan sepatah kata nista, hancur sebuah persahabatan. Kita bukan mahu memiliki sahabat sejati untuk memutuskannya, tetapi untuk kita membina jambatan kukuh atas dasar keikhlasan sesama insan di muka bumi ini. Bersahabat untuk keamanan dunia sejagat.

ikhlas dari hati,
aynora nur

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Tq for following me dear..follow sini jugak ~ keepintouch always yaa^^,

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close