Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mencari Sinar Bahagia

Mencari Sinar Bahagia. Bismillah...dengan nama Allah. Berjalanlah dimuka bumi ini dengan semahu mu, carilah kebahagiaan dengan caramu. Tetapi pasti kamu akan disakiti, menyakiti dan memburu bahagia. Sebenarnya, sinar bahagia ada di mana-mana! Berjalanlah! Berkelanalah! Akhirnya di penghujung jalan...kamu kena kembali kepada Sang Pemilik Bahagia itu...

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram
(al-Ra`d:28)
Semoga kita menjadi antara orang2 yang mengingati Allah....Amin!

Mencari Sinar Bahagia

Saat kau mencari sinar bahagia, kekadang tidak kau terjumpa ia walau ke tujuh lautan kau renangi, dan gunung ganang kau daki, tetapi bahagia tidak kau temui. Di manakah kau bahagia? Jangan tinggalkan aku!! Wahai sahabatku, bimbinglah daku ke jalan kebahagiaan sebagaimana kalian merasainya.  Apakah aku perlu membayar untuk mendapatkan kebahagiaan itu? Adakah aku perlu menjadi jutawan ataupun hartawan untuk menjamah setitis bahagia? 

Bukanlah begitu sahabatku, bahagia tidak dapat kau beli dengan wang ringgit, bahagia tak semestinya kau warisi dari kedua orang tuamu...sesungguhnya...



Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu adalah sebenarnya kekayaan hati” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mencari ketenteraman hati

Allah mengajar kita bagaimana memperoleh ketenteraman hati iaitu dengan mengingati Allah. Namun maksud disebalik ayat ini lebih dari sekadar yang terzahir. Ianya harus dikupas dan diteliti. Mengingati yang sebagaimana? Dengan memusatkan hati kepada Allah melebihi segala-galanya.
Selain itu Rasulullah juga bersabda bermaksud “Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan. Apabila ia rosak, maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Mengingati di sini mengambil makna aktif dan bukan pasif. Ini adalah kerana seandainya kita benar-benar menyelami makna mengingati Allah ini, kita akan sedar yang segala-galanya yang berlaku tidak lain tidak bukan datang daripada takdir Allah.
Inilah yang akan memberikan kita kesabaran dan kekuatan hati dan jiwa untuk tenang, sabar dan syukur dalam menghadapi ujian-ujian yang mendatang. Ini jugalah rahsia mereka-mereka yang tampak pada zahirnya sengsara menanggung beban dunia yang kita lihat seakan-akan tak tergalas dek bahu tetapi masih bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Ya mereka yakin Allah sedang menguji dan sedang memberi kasih sayang, Allah maha melihat dan Allah jugalah akan membalas.

Apabila hati sentiasa bersih mengingati Allah dan mendahulukan Allah sebelum fikiran merayau-rayau membenarkan nafsu bermaharajalela maka jiwa akan rasa bahagia dan tenang. Inilah kunci kebahagiaan kita dan bukan dengan mengikut nafsu liar yang menyuruh yang bukan-bukan.

Bahagia hakiki menuntut kita menjaga hati kerana disitulah pusat segala-galanya. Oleh itu untuk bahagia, hati perlulah dipelihara dan diisi dengan sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya.

Dan apabila hati kita sudah penuh dengan sifat-sifat yang indah ini, bahagia bukan lagi perlu dicari bahkan kita sumber bahagia orang lain.

Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah lagi, dan kata Imam Al-Ghazali inilah hakikat akhlak yang mulia.

Bahagia Itu milik Allah

Bahagia itu milik Allah. Bukan pada hidup juga bukan pada matinya seseorang. Dan carilah dengan mendekatkan diri dan melunakkan hati kepada pemilik bahagia ini. Cukuplah kita tahu bahawa Allah bersama kita, nescaya hati kita akan bahagia. Bukan bahagia yang dibuat-buat tetapi bahagia yang meliputi segala-galanya, yang memberi kita semangat yang tidak bisa luntur.
Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara ‘auto pilot’ – Pahrol Muhammad Juoi

aynora nur
Bila merasa tidak ada jalan, nescaya Allah lah akan memberikanmu jalan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close