Selamat sejahtera,
Bismillah...
“Rasulullah s.a.w bersabda:“Barangsiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan menjadikan pemisah berupa sebuah parit antara dia dengan api neraka yang jarak parit tersebut antara langit dan bumi” (HR. Turmudzi dan Thabrani)
Rauh Ibnu Zamba, seorang Amir pada Dinasti Umawiy mengadakan perjalanan Umrah (ke Mekkah) dengan membawa bekal makanan yang banyak dan sangat lazat, melihat seorang pemuda yang setiap saat pergi berwuduk, lalu solat 2 rakaat, kemudian dia berkata,
"Wahai lelaki, Aku ingin kamu menjadi tamu kami dan makan makanan yang sangat lazat bersama-sama yang lainnya”,
Lelaki itu berkata,
“Aku telah diundang oleh yang lebih mulia dari engkau”.
Lalu Ibnu Zamba bertanya,
“Siapakah yang lebih mulia dari pada aku, padahal dipedalaman ini tidak ada lelaki kecuali aku sendiri??”
Lelaki itu berkata,
"Aku telah diundang oleh Tuhan Semesta Alam untuk berbuka di sisiNya malam ini.”
Kata Ibnu Zamba,
"Apakah Kamu berpuasa di Bulan Ramadhan ini?" Berbukalah kamu hari ini (dalam perjalanan) dan esok kamu berpuasa.”
Lelaki itu kembali berkata,
“Apakah Kamu dapat menjamin bahwa Aku masih hidup esok hari??”
Ibnu Zamba menjawab “Tidak”,
Selanjutnya kata lelaki itu,
"Demi Allah, kalau begitu aku tidak buka hari ini, kerana aku takut bila esok akan mati."
Daripada kisah para sahabat, kita boleh membuat kesimpulan bahawa lelaki yang kukuh imannya tidak mudah terpedaya dengan pujukan dan hidangan maha lazat yang mahu diberikan kepadanya. Kisah di atas menunjukkan kita satu keyakinan bahawa soal ajal dan maut tidak ada sesiapapun yang tahu kecuali Tuhan Semesta Alam. Bahkan, lelaki itu tidak mahu membatalkan puasanya hanya kerana takut jika esok lusa dia tidak dapat berpuasa lagi.
Wallahhua'lam...
Sesungguhnya daripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali,
aynora nur
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.