Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kawan Baik @ Kawan Biasa?

Selamat sejahtera,
dngan Bismillah...

Satu hari saya didatangi oleh seorang kawan baik yang biasa sahaja, yang dah lama tak berchit chat dan bergossip! Bukan gossip murahan ye...gossip biasa2 saja demi membuang masa lapangnya di masa cuti.

Bukanlah saya tak sibuk, kerja pun banyak, meja penuh dengan fail dan surat2 yang perlu di jawab. Tetapi mengenang dia sahabat dan kawan yang hanya kadang2 terjumpa, saya pun layanlah cerita2 gosipnya.

"Akak nak tau, si A ada skandal kat tempat kerja. Dia kena buang kerja. Bukannya berhenti. Ada ke patut buat projek kat tempat kerja. Bini kat rumah tengah mengandung tua. Anak ke tiga...kasihan bini dia."

"A yang mana satu? Kawan kita dulu kan ramai namanya A." saya setakat menjawab ala kadar.

"Ala...suami si Z."

"Hmm...kenalah dari A sampai Z. Kelentong betul." saya ketawa.

"Serius kak. Kawan satu ofis dia bagitahu."

"Habis tu? Awak cerita pasal suami dia pada Z lah?"

"Tak lah kak. Kasihan Z...dah lah tak kerja. Suami pulak pergi kerja sebab nak buat skandal."

"Skandal teruk sangat?"

Kawan saya itu membulatkan matanya yang memang sediakala bulat. "Dah kes serius. Touch n go!!"

"Masya'Allah!!"

Sampai situ ceritanya habis dan tak sempat dihabiskan sebab saya menerima kedatangan pelanggan. Kawan saya tadi pun balik dan terus ke pejabat pos. Masukkan duit buat suaminya. Sayang suami rupanya...

Untuk pengetahuan semua, kawan saya tadi adalah kawan baik kepada Z iaitu isteri kepada A. Mereka pernah makan bersuap, tidur sebantal dan tempat mengadu susah dan senang. Tetapi kini, saya pelik. sudahlah dia mengata kawan baik sendiri, siap bergosip skandal touch n go lagi! Terfikir sejenak...apa pulak dia jual cerita pasal saya? Hanya TUHAN yang tahu.

Mesti kita tak lupa, atau kalau dah lupa mari kita saling mengingatkan,

Pesanan Rasalullah S.A.W:

Siapa menutup aib seseorang islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis Riwayat at-Tairmidzi). 

Semoga kawan saya tadi sedar, menghebahkan keburukan orang adalah tidak elok. Jangan bercerita jika kita bukan saksi kepada kejadian tersebut sebaliknya sekadar dengar dari mulut ke mulut.

Wassalam,

aynora nur           

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close