Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Korean Time! : Woman In The Sun

Selamat sejahtera,
Bismillah...


Banner Woman In the Sun

Shin Do Young adalah pengacara yang memiliki penampilan yang unggul, berkebolehan, dan latarbelakang yang hebat. Kerana kelebihan tersebut dia dicemburui oleh orang di sekelilingnya. Tetapi Do Young  sebenarnya menyimpan satu rahsia hitam. Dia sebenarnya ditinggalkan di rumah anak yatim ketika dia masih kecil tetapi bernasib baik kerana dia telah dijadikan anak angkat oleh pasangan yang baik. Pasangan itu tidak mempunyai anak sendiri tetapi agak terkejut apabila anak kandung mereka dilahirkan. Do Young berasa bimbang, takut bahawa ibu bapanya tidak lagi menyayangi dia lagi dengan kehadiran orang baru, telah meninggalkan adiknya yang berusia 5 tahun, Ji Young, di stesen keretapi. Tahun telah berlalu dan Do Young bertemu dengan seorang gadis riang, Sa Wol, yang menjadi penasihat beli belahnya. Apakah yang berlaku apabila perbuatan jahat Do Young terbongkar dan bahawa Sa Wol adalah sebenarnya adik yang ditinggalkan di stesen keretapi beberapa tahun lalu?

Dua orang pelakon utama
Pengiktirafan:
  • 2008 KBS Drama Awards: Top Excellence Award - Actress (Kim Ji Soo)
  • 2008 KBS Drama Awards: Excellence Award, Mini Series - Actress (Lee Ha Na)
  • 2008 KBS Drama Awards: Best New Actor Award (Jung Gyu Woon)
  • 2008 KBS Drama Awards: Best Young Actress Award (Shim Eun Kyung

Sekarang drama Woman In The Sun sedang ditayangkan di saluran 391 Astro HD pada pukul 9.00 malam. Saya pun teruja untuk mengetahui cerita selanjutnya kerana dalam episod sekarang Do Young sedang menyorokkan kebenaran bahawa adiknya sudah ditemui. Pada mulanya nampak Do Young pelembut dan begitu meraih simpati. Kekasihnya juga amat menyayangi Do Young. Tetapi agak terperanjat bila segala rahsia tidak diceritakan kepada teman lelakinya itu. Itu yang menyebabkan beliau berasa pelik. Seterusnya...sama2lah kita tunggukan episod demi episod, ok.

Korean drama lover,
aynora nur    
 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close