Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Promosi Sikit # 1: http://mykarya.net

As-salam,

Saya bukanlah seorang penulis tegar. Menulis hanya untuk suka-suka. Tetapi kerana menulis tak membuatkan saya tension, maka koleksi puisi/sajak saya sekarang sudah hampir 60. Puisi yang saya tulis sekadar suka-suka tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Orang kata, biarpun sepatah ayat, sampaikanlah...

print screen dari http://mykarya.net
##sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas

Ada juga karya puisi saya yang saya hantarkan ke penerbitan bahasa inggeris, dan kebanyakannya short poem dan juga saya hasilkan secara spontan.

Saya juga memiliki bakat mengarang ayat panjang-panjang, contohnya novel. Disebabkan ianya saya siarkan free/percuma untuk bacaan umum, maka jadilah ia genre e-novel. Gelaran paling glamour dalam talian maya sekarang ini. Ada tak sesiapa yang berminat nak baca e-novel, cerpen ataupun puisi saya? Korang dijemput kunjungi website/blog ini,

http://www.mykarya.net


Disebabkan sekarang ini kerja saya banyak macam tak cukup kaki dan tangan, makanya saya lebih aktif menulis blog aynoranur.com. Menulis hasil sastera dan blog biasa yang santai banyak perbezaannya. Bila saya masuk ke blog karya penulisan saya, secara automatik saya jadi sedikit tension, fikiran kena berganda-ganda lebih kreatif dan penggunaan bahasa yang betul amatlah dititikberatkan.

Kerja-kerja menghasilkan cerpen, puisi ataupun e-novel memang perlukan tumpuan yang lebih.

p/s: jika sudi katakan sudi, tidak hamba ternanti-nanti...- aynora nur    

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Memang pun...nak fikirkan ayat bombastik memang menjenuhkan tapi bila dapat kepuasan..
    Saya suka puisi cinta...hehehehe ( rahsia)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close