Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Menghadiri Temuduga


clip art Interview Coaching

As-salam,

Kerja Oh! Kerja...
Apakah anda tergolong dalam golongan orang yang sedang mencari kerja?
Atau, apakah...kerja telah datang kepada anda? Hmm...bagusnya...
Bila dapat kerja ataupun tawaran kerja, kita sibuk fikir macam mana agaknya rupa orang yang nak interview kita, apakah pertanyaan2 dia orang?
Apakah anda semua telah bersedia?


Jikalau anda sedang mencari tips-tips hadiri temuduga, cuba baca senarai berikut:

1. Menepati Masa

Pastikan anda menepati masa. Sebagai contoh masa temuduga anda pada pukul 10.30 pagi. Pastikan anda telah bersedia di tempat temuduga setengah jam awal. Buat persediaan awal sebelum keluar rumah seperti ambil kira keadaan lalu lintas, apakah kawasan perjalanan anda sesak dan sebagainya, menyisir rambut dengan kemas dan jangan lupa isi minyak motor atau kereta anda. Jangan jadikan kelewatan dan gagal merncang masa dengan baik, anda berputih mata.

2. Berpakaian kemas dan Sesuai

Pakaian juga diambil kira dalam sesuatu sesi temuduga. Jika anda berpakaian selekeh dan kurang sesuai, kemungkinan tawaran tersebut akan dibatalkan ataupun diberi kepada calon lain yang lebih sesuai. Jika boleh, tanyakan dahulu kepada bahagian human resources tempat anda ditawarkan bekerja terhadap pakaian yang sesuai untuk jawatan tersebut.

 

3. Amalkan kesederhanaan

Orang kata sederhana adalah sempurna! Faham maksudnya?? Okey, sederhana maksudnya tidak berlebih-lebih dan tampilkan diri sendiri ikut keselesaan anda. Contohnya:

- gunakan solekan yang minimum
- pemakaian minyak wangi yang sesuai
- gaya rambut yang tidak terlalu moden ataupun terlalu konservatif
- elakkan isyarat tangan yang keterlaluan ataupun bercerita macam kita sedang berborak dengan kawan-kawan
- bercakap dengan jelas dan bahasa mudah

4. Membina hubungan dan berkeyakinan

Sewaktu duduk berhadapan dengan penemuduga, pastikan anda duduk dengan yakin dan wajah yang manis. Kita mahu memohon kerja, mestilak kena buat baik, takkan tunjukkan muka sombong walaupun kita memiliki PhD sekalipun. rendah diri itu lebih baik dalam situasi begini.

- Pastikan belakang anda lurus dan kaki tersusun
- Jesekali bertanyakan soalan. Jangan hanya tunduk dan mengangguk. Wujudkan perbincangan dua hala yang santai.
- Dengar dengan teliti, bercakap dengan jelas dan tidak menyampuk.
- Berdiplomatik. Jangan bercakap perkara-perkara negatif tentang pekerjaan yang anda mohon.

5. Berfikiran positif. 

Selepas sesi temuduga, pastikan anda tidak menjadi seorang yang mendesak. Jangan sesekali bertanya kepada syarikat tersebut samada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Tunggu dengan sabar, jika anda yakin dengan sesi temuduga tersebut, insya'Allah pekerjaan itu milik anda. Jika gagal, anggaplah ia bukan rezeki anda. Cuba lagi lain kali tetapi dengan pengalaman yang ada, anda pasti boleh buat!!  



p/s: rezeki ada di mana-mana, tahukah anda? kegagalan hari ini adalah buah kejayaan esok hari. jangan bersedih jika gagal, cuba lagi hingga berhasil. - aynora nur

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. dah puluh tahun juga aku tak pergi temuduga. agaknya nak buat resume pun dah tak pandai

    ReplyDelete
  2. terimas untuk tips yang sangat berguna neh! :)

    ReplyDelete
  3. tips yg berguna next weeek nak kna pergi interview..thanks..nak copy boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambillah, saya tak larang copy paste dlm blog saya, mungkin apa yang saya share boleh membawa manfaat bersama.

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close