Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan

As-salam,

Saya bekerja di sektor hartanah. Senang cerita saya bekerja dengan pemaju yang jual rumah. Setiap hari ada saja pertanyaan daripada pelanggan kami tentang cara nak kira kelayakan pinjaman perumahan especially dari kakitangan awam/kerajaan. Bagi yang nak tahu caranya, di sini saya kongsikan langkah demi langkah untuk korang cuba...

1) Pergi ke website perbendaharaan, http://www.treasury.gov.my

*klik pada gambar utk imej yg lebih besar..

Klik pada tab Pinjaman perumahan (seperti dalam lingkaran merah).


2) Paparan berikut ditunjukkan, di bawah tajuk LAMAN INTERAKTIF, bolehlah klik pada kotak merah tersebut, PENGIRAAN KELAYAKAN ANGGARAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PERTAMA.


3) Kemudian, pada paparan berikut, korang pilihlah syarikat insurans yang akan lindungi rumah korang dari kebakaran (MRTA). Sekiranya korang pilih TAKAFUL MALAYSIA, klik yang warna hijau di bawah sekali.



4) Nah, paparan jadual pengiraan yang kosong seperti di bawah kenalah korang penuhkan dengan maklumat hartanah, umur dan juga tempoh panjang pinjaman perumahan tersebut. Sebagai contoh, sila rujuk di bawah.

Dah selesai penuhkan maklumat, tekan butang KIRA, kalau tidak sampai ke subuhlah gamaknya benda tu kat situ jugak... 

5) Akhirnya bila maklumat dah dipenuhkan, korang nampaklah berapa kelayakan pinjaman korang dan bayaran balik bulanan yang telah dikira dengan jumlah insurans yang dikenakan. Dalam kotak berwarna merah itulah bayaran balik bulanan pinjaman perumahan korang...ehh...mampu tak kut-kut?? Mesti bolehkan?


 Ingat ye, ukur baju di badan sendiri dan bukan kat badan orang lain...takut terketat/terlonggar...hihi

p/s: Lain-lain maklumat teruslah refer pada bahagian pentadbiran korang kerana dia orang selalu pergi course jika ada perubahan/pindaan pada polisi pinjaman perumahan kerajaan.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close