Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

'Dunia Ladang Akhirat'

Dunia ladang akhirat. Daripada jasa bakti dan amalan di dunia akan dihitung di akhirat nanti. Setiap seorang daripada kita tidak dapat lari dari itu semua...

Pernahkah korang dengar tentang frasa ini, 'dunia ladang akhirat'. Sewaktu pergi belajar fardhu ain dekat kawasan perumahan saya tinggal, seorang ustaz memberikan ulasan tentang perkara ini. Antara intipatinya adalah tentang ada orang bekerja keras untuk menjadi kaya dan mencari harta yang banyak. Islam tidak melarang kita mencari kesenangan dunia, walaupun dalam masa sama diperingatkan bahawa setiap kita pasti akan menemui mati.




Sebab itulah dikatakan "dunia ladang akhirat". Maksudnya sepanjang kita berada di dunia, bekerja dan berbuat baiklah menyediakan bekalan yang bakal dibawa ke akhirat. Apabila tiba di akhirat nanti, setiap Muslim itu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah dilakukannya semasa di dunia.

Kerap diingatkan bahawa dunia ibarat air laut. Semakin dimunim airnya yang masin semakin terasa hausnya, samalah keadaannya dengan kesenangan dunia yang jika semakin dikejar, tidak akan pernah berasa puas.

Hargailah kesempatan hidup yang seketika ini untuk mencari kebaikan yang dapat menyumbang semula kepada kesejahteraan hidup di akhirat.

Seperti firman Allah yang bermaksud,
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah; dan (ingatlah, kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya"
(Surah Al-Mulk: 15) 
>Perlu sentiasa ingat mengingatkan and refresh diri kita menjadi lebih baik daripada semalam.< #sebarkan baahgia...

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. terima kasih untuk perkongsian ini..
    jadi peringatan buat diri saya..
    takut2 nanti terlalu leka mencari rezeki,
    sampai lupa nak menunaikan kewajipan..
    dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik berbanding semalam..^__^

    ReplyDelete
  2. tersalah landasan terus tergelincir,moga2 kita sentiasa dipelihara oleh NYA..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close