Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Korean Time! : Green Rose

As-salam,

Saya memang peminat drama-drama korea daripada dulu lagi. Dari zaman All About Eve hinggalah sekarang kegilaan Secret Garden dan City Hunter, minat saya tak pernah luntur. Dek mengenang memori silam era drama korea tahun 2009 (kalau tak silap), saya catatkan kenangan tersebut untuk perkongsian bersama pembaca yang tercinta!


Sinopsis:

Lee Jung-Hyun (Go Soo) dan Oh Soo-ah (Lee Da Hae) menjalani hidup normal sebagai pasangan kekasih hinggalah diketahui bahawa Soo-ah sebenarnya adalah puteri Oh Byung-moo, ketua elektronik SR di mana tempat Jung-hyun bekerja. Ketuanya itu tidak mengakui Jung-hyun sebagai tunang Oh Soo-ah. Suatu hari Jung hyun dipanggil ke rumah percutian ketuanya itu. Di situ, Jung-hyun menemui Ketuanya dalam keadaan pengsan. Ketika Jung-hyun cuba untuk membawa ayah Oh Soo-ah keluar dari rumah, tiba-tiba api mula marak dan Jung-hyun tidak dapat berbuat apa-apa.



Jung-hyun kemudian diperangkap dengan cubaan membunuh ketuanya dan memulakan kebakaran. Apabila Jung-hyun dimasukkan ke penjara, ibu Jung-hyun cuba membunuh diri agar anaknya boleh keluar dari penjara selama beberapa hari untuk membuktikan yang dirinya tidak bersalah. Dia dibantu oleh Pengarah Moo Jun Suh, seorang rakan lama kepada ketua. Kerana terdesak, Jung-hyun melompat dari jambatan dan diyakini telah mati. Setelah melarikan diri ke China, dia menjalani rawatan yang baik dan mendapat perhatian dari seorang lelaki Korea bernama Lee Choon-bok, dan membantunya bangun dari pengalaman menyakitkan dan menyelamatkannya dari kemalangan dan penyakit. 


Setelah menjadi CEO di sebuah syarikat di China, Jung-hyun kembali ke Korea untuk membalas dendam di bawah nama samaran Zhang Zhongyuan. Bagaimanakah perjalanan hidup Jung-hyun seterusnya? Dapatkah dia membalas dendam? Adakah Soo-ah akan menerima Jung-hyun kembali? Siapakah sebenarnya dalang di sebalik semua onar ini?

###Banner pun ada...

Kenapa Green Rose? Kenapa saya suka sangat dengan citer ni? Sebabnya... citer/drama korea ni best! Sangat lah bestnya! Saya cadangkan setiap orang untuk menonton drama ini .. lakonan hebat oleh Go Su .. dia amatlah hot! Drama ini ada semuanya, ketegangan, thrill, dan cinta .. semuanya! Akhirnya yang baik mendapat balasan baik, yang jahat pulak bunuh diri, sebab bengang. Malu! Sedih juga tengok watak Hyun Taek ... ia tidak menjadi jahat macam tu tanpa alasan ..
Go Soo sangat 'outstanding' dalam drama ini, begitu juga dalam drama korea 'Will It Snow For Christmas .. happy ending! Saya suka watak tegas dan teguh dengan pendirian dalam siri itu. Ceritanya sedih di awal tapi berakhir dengan kegembiraan. Happy ending sih! Lakonannya juga bagus, tidak menangis sepanjang masa, tetapi tahu dimana dia perlu menangis.

Gud job Green Rose!!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. woh, banyak konflik :D mesti best kan. tpi syg, sya tak tgk. hehe, jarang tgk korean.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close