Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Korean Time! : Smile, Mommy!

As-salam,

Duhai peminat drama korea, apa khabarmu sayang? Saya harap para blogger semua sedang gembira menjalani hari Sabtu yang santai. Mari kita layan drama korea yang sedang hot di saluran KBS/ONE HD.393 bertajuk "Smile, Mommy!". Drama ini ditayangkan sebanyak 50 episod dan kisah tentang tiga orang ibu dan anak2nya, dari tiga buah keluarga yang berlainan. Actually dah tayang kat Korea sejak 2010 tapi kat Astro ONE HD baru tayang/sedang ditayangkan sekarang.

 

PLOT CERITA:

Jo Bok-Hee (Lee Mi-Sook) adalah seorang ibu kepada 3 orang anak yang sedang meningkat naik, iaitu Shin Dal-Rae (Kang Min-Kyung), Shin Meo-Roo (Lee Jae-Hwang ) dan Shin So-Ra (Jung Ji-Ahn). Dia menggalakkan anak2nya bekerja keras mencapai kejayaan. Salah seorang anaknya terjebak dengan dunia selebriti.



Park Soon-Ja (Park Won-Suk) pula adalah ibu kepada Kang Shin-Young & Kang Do-Young ((Seo Dong-Won)). Park Soon JA membesarkan anak dan menantunya di bawah satu bumbung. Kang Shin-Young membantu suaminya yang juga seorang ahli politik.


Yoon Min-Joo (Ji Su-Won) pula ibu kepada Bae Yeon-Woo (Kim Jin-Woo) dan Bae Yun-Seo (Yeo Min-Joo). Dia ditinggalkan oleh suaminya dengan dua orang anak dan membesarkan mereka sendirian. Walaupun ibu tunggal, dia berjaya menjadi seorang professor. Yoon Min-Joo adalah kawan baik kepada Jo Bok-Hee. Tetapi kerana kesan ditinggalkan suami, Yoon Min-Joo memiliki fikiran yang berlainan dengan sahabatnya itu.

Bagaimanakah akhirnya kisah tiga keluarga 'Smile mommy!" ini? Apakah berakhir dengan gembira? Mari sama2 kita saksikan.

p/s: Banyak belajar daripada kisah-kisah keluarga drama korea, bukan setakat hiburan semata-mata!

Read More ....


Post a Comment

6 Comments

  1. saya pun minat juga dgn cerita korea..
    tapi kesibukan dalam study menyebabkan saya banyak ketinggalan.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. take yr time, klu ketinggalan boleh layan kat dramastyle.com

      Delete
  2. Tak minat Korea ler...minat Tamil...ambil mood Deepavali,,hehehehe

    ReplyDelete
  3. Xbole buka la dramastyle tu..sya nk sgt tgok drama tu cpt2 tp xda satu pun blog yg tayangkn drama tu..hrp dpt mmbantu k

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close