Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun Awal Muharam. - Tidak terlalu awal rasanya untuk saya mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU HIJRAH' kepada semua blogger dan pengunjung blog yang beragama Islam. Apabila tiba Awal Muharam, pelbagai program yang diatur sesuai untuk semua golongan. Namun bagaimana sambutan itu dibuat, dan cara-cara yang afdal menyambut kedatangan MAAL HIJRAH sering dibahaskan oleh banyak pihak.
Tahun baru islam ini patut disambut sederhana oleh umat islam dengan membanyakkan amalan yang bersesuaian seperti berdoa, berpuasa, mendengar ceramah agama dan banyak lagi. Semoga kita menjadi umat islam yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyaa Allah.
Cara-cara menyambut kedatangan Awal Muharam:
Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.
Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.
Tahun baru islam ini patut disambut sederhana oleh umat islam dengan membanyakkan amalan yang bersesuaian seperti berdoa, berpuasa, mendengar ceramah agama dan banyak lagi. Semoga kita menjadi umat islam yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyaa Allah.
Panduan Menyambut Kedatangan Awal Muharam
Cara-cara menyambut kedatangan Awal Muharam:
1. Bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun
Doa yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka ianya adalah sesuatu yang baik. Sabda nabi saw bermaksud : ‘Doa adalah senjata bagi orang yang beriman’. Dalam hadis lain disebut bahawa ‘doa adalah asas kepada ibadat’. Cuma, sekiranya doa tersebut tidak diambil daripada doa yang ma’thur daripada al-Quran dan sunnah, maka janganlah menyandarkan amalan tersebut kepada Rasulullah saw.
Doa Akhir Tahun
Doa Awal Tahun
2. Forum, ceramah agama, qiamullail dan sebagainya
Sambutan tahun baharu seumpama ini yang diisi dengan program-program yang bermanfaat merupakan sesuatui yang wajar dikekalkan dan diperkemaskan lagi dari semasa ke semasa.
3. Disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram
Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.4. Program membuat bubur asyura
Program membuat bubur tersebut tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan di dalam Islam. Sebaliknya menjadi suatu kesalahan sekiranya menganggap bahawa membuat bubur tersebut adalah sebagai suatu sunnah daripada nabi. Begitu juga dakwaan yang menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s. membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang tidak bersandarkan kepada hujah yang jelas daripada agama.
P/s: Yang baik mari sama-sama war2kan dan share, semoga kita menjadi HambaNya Yang Terbilang!
2 Comments
salam maal hijrah :P singgah sini n follow awak :P
ReplyDeleteTak beberapa hari lagi masuklah tahun baharu hijrah
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.