Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Permohonan Secara Online Ke MRSM Bagi Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2013

As-salam,

Setelah puas dan penat belajar, pasti ramai pelajar-pelajar yang mahu memasuki asrama penuh setelah mendapat keputusan UPSR yang cemerlang. Bagi kemasukan ke asrama penuh, sila rujuk entri ini: Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Tingkatan 1 & 4 Di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013 . Sementara itu, bagi yang berminat untuk masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun kemasukan 2013, adik-adik yang berminat bolehlah membuat permohonan secara online pada laman web mara seperti langkah-langkah berikut:

1) Dapatkan kata laluan dahulu daripada pejabat MARA yang berhampiran kawasan anda. Kata laluan diberi percuma. Sila bawa slip keputusan dan surat beranak yang telah disahkan untuk mendapatkan kata laluan. Senarai pejabat MARA mengikut negeri, cari >>Hubungi Kami >>Pejabat Mara Negeri Dan Daerah, kemudian klik.

2) Untuk mulakan permohonan secara online, pergi ke website MARA dan pada paparan seperti di bawah, klik pada Permohonan Online.


3) Selepas tekan permohonan online atau terus ke alamat berikut : mara.gov.my , paparan gambar seperti di bawah ditunjukkan:


Dengan kata laluan yang sudah diperolehi, masukkan kata laluan dan pilih sekolah MRSM yang diingini. Isi mengikut panduan yang ditetapkan.

4) Setelah selesai dihantar secara online, cetak satu salinan dan sahkan sekali oleh pihak yang bertauliah (contohnya ketua kampung, guru besar, penghulu dsb). Kemudian hantarkan secara pos ke alamat berikut:

(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur 

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke MRSM dibuka dari 19 November 2012 hingga 4 Disember 2012. Ada sesi temuduga dan ujian kemasukan yang akan dilakukan dalam bulan Disember sekiranya anda terpilih. Dan, jika tiada maklumbalas daripada pihak MARA hingga 30 April 2013, anggap saja anda tiada rezeki.


p/s: Selamat berjaya kepada semua yang berminat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close