Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pemberian Diskaun Kepada Peminjam PTPTN

Pemberian Diskaun 20% Kepada Peminjam/ Penerima Biaya PTPTN | Berakhir 30 September 2013

As-salam,

Bagi para peminjam PTPTN yang masih mempunyai baki hutang bolehlah menyelesaikan bayaran untuk mendapatkan potongan 20% dari baki hutang yang belum dijelaskan. Promosi ini adalah khas untuk peminjam/ penerima biaya PTPTN yang membuat penyelesaian hutang pinjaman/ pembiayaan PTPTN dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.



Baki hutang semasa boleh diperolehi dengan melayari laman web PTPTN www.ptptn.gov.my mulai 5 Oktober 2012. Sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pin peminjam. Sekiranya peminjam terlupa nombor pin, sila hubungi talian 03-20804455.

Bagi peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan seumpamanya, baki hutang boleh diperolehi dengan hadir ke kaunter PTPTN, e-mel ke bakihutang@ptptn.gov.my atau faks ke talian 03-20921590. 

Untuk makluman, pemberian diskaun 20% diberikan kepada semua kursus/ peringkat/ jurusan yang ditaja oleh PTPTN.

Surat Pelepasan Hutang (SPH) akan dikeluarkan selepas pembayaran dilakukan di kaunter PTPTN secara tunai atau bankdraf. Bagi pembayaran bukan tunai (cek, kiriman wang dsbnya), SPH akan dikeluarkan selepas cek berkenaan ditunaikan/ dijelaskan. Bagi bayaran melalui ejen atau online, SPH akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh PTPTN. 

p/s: Jelaskanlah hutan PTPTN untuk elakkan diri disenaraihitamkan oleh pihak bank. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close