As-salam,
Semasa berjalan2 dan blogwalking di alam maya, maka saya terserempak dengan satu artikel yang menulis tentang beberapa taman yang tercantik di dunia. Salah satunya adalah taman berikut yang terletak di Brazil. Taman tersebut dinamakan Jardim Botânico de Curitiba.

Taman ini juga dikenali sebagai "Jardim Botânico Fanchette Rischbieter," iaitu sebuah taman yang terletak di bandar Curitiba, ibu negeri Paraná, dan bandar terbesar di selatan Brazil. Ia merupakan tarikan terbesar di dalam bandar tersebut, dan ia dibina sebagai sebahagian daripada kampus Federal University Paraná.
Mula dibuka pada 1991, lambang taman botani Curitiba ini dibina berdasarkan seni taman Peranchis. Di dalam taman ini terdapat taman yang canggih dalam senibina Peranchis, dengan airterjun juga dapat dilihat, ada tasik, dan taman hijau utama berkeluasan 458 meter persegi, yang menaungi hiasan dalamannya.
Muzium Botani yang menyediakan koleksi bunga-bungaan, menjadi rujukan ramai dan menarik para penyelidik dari seluruh dunia untuk datang ke sini. Ia juga mempunyai spesis botani dari Hutan Atlantik timur Brazil. (Sumber)
Kalau lihat senibina taman tersebut, ia seperti kubah berbentuk bulat yang nampak terlalu biasa tetapi siapa sangka rekaan dalamannya sangat hebat.
Kalau lihat senibina taman tersebut, ia seperti kubah berbentuk bulat yang nampak terlalu biasa tetapi siapa sangka rekaan dalamannya sangat hebat.
>Sentiasa ada taman di dalam hati...hihi..<
2 Comments
wow...menarik..
ReplyDeletetapi hanya boleh berangan nak ke sana je...pulus tak cukup!
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.