Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Mulakan Kerja Di Tempat Baru

As-salam,

Ada tak sesiapa yang baru dapat kerja baru? Bagaimanakah perasaan korang menghadapi hari baru di tempat baru? Risau tak dapat kawan? Ataupun cuak jika kena buli kaw2 oleh para seniors? Semua orang menghadapi situasi yang sama jika berpindah tempat baru, ataupun dapat kawan sebilik yg baru dan juga sekiranya bertukar sekolah baru.

 

Tips Mulakan Kerja Di Tempat Baru


Mari kita tengok secara ringkas tips untuk memulakan kerja di tempat baru:

1. Jangan Sombong

Kalau orang senyum kita pun senyumlah, jangan tarik muka masam walaupun tahap stress anda bergelen-gelen, hihi..

2. Kenali rakan setugas

Berkenalan dengan semua orang dalam pejabat anda. Walaupun dengan office boy ataupun cleaner, tetap wujudkan diri anda kerana tanpa mereka kerja kita pun tak selesai.

3. Dedikasi terhadap kerja yang diberikan

Apabila diberikan kerja oleh bos ataupun rakan sebaya, lakukan dengan ikhlas dan komited. Tapi kalau andalah bos, jangan segan minta tolong dan tunjuk ajar daripada orang bawahan anda. Nanti malu bertanya sesat jalan pulak!


4. Jangan bergosip

Jangan pandai2 bawa mulut dan mengata orang lain yang anda sendiri belum kenalinya secara dekat. Jangan percaya cakap-cakap rakan baru anda, selidik dan perhatikan barulah boleh membuat keputusan.

5. Ikut arahan

Ikuti setiap polisi dan peraturan yang digariskan di tempat baru.

6. Selalu berwaspada

Sentiasa berhati-hati dengan muslihat rakan baru di sekeliling anda. Belum tentu yang mukanya manis macam madu itu juga manis katanya di belakang kita. Tingkatkan sikap berwaspada anda.

7. Jaga penampilan diri dan pertuturan

Penampilan mestilah kemas dan tidak terlalu berlebihan dengan satu botol minyak wangi disembur di badan. Yang penting kita hormati cara mereka berpakaian dan tirulah mana yang sesuai dengan anda.

Dengan cara di atas, insya'allah korang mudah mendapat kawan di tempat baru dan mungkin juga disayangi oleh boss jika prestasi yang ditunjukkan amat memberangsangkan.

>Ada yang korang nak share dengan saya tentang tips di atas? Jangan malu jangan segan, mehlah kita tambahkan mana yang kurang.<

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. kalau kita di tempat baru, kita kena pandai sesuaikan diri dgn keadaan sekeliling supaya kita x berasa kekok. x bole terlalu ramah dan x bole terlalu sombong. hehehe. nice sharing dear. i like!

    ReplyDelete
  2. nice tips..mula2 msti rs kekok,tp da lma okm le kn

    ReplyDelete
  3. Tip yang sangat baik, sesuai diikuti oleh semua yang baru dapat kerja

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close