Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ciri-Ciri Anak Yang Kuat Jiwanya

As-salam,

Pada zaman ini, mendidik anak amat banyak cabarannya. Adakala sehari suntuk kita bersengkang mata apabila anak sedang sakit ataupun mengulangkaji pelajaran. Bila mereka tak gembira kita yang rasa dukanya. Jadi, anak yang kuat jiwanya mendapat didikan sedari mereka kecil terutamanya bagaimana mengawal emosi dan kemahiran kendiri mereka.

Anak-anak yang kuat jiwanya di dorong oleh ibu bapa yang kuat dan tabah juga. Bila dibantu dan diberikan panduan, semua anak boleh menjadi anak yang berkarisma, tegar dan mempunyai keyakinan yang tinggi.
 
Ciri-Ciri Anak Yang Kuat Jiwanya



Ciri-ciri anak yang kuat jiwanya:

1. Mempunyai semangat dan kemahuan yang kuat serta tekun berusaha.

2. Tidak mudah menangis atau merajuk dan sukar untuk mengalah pada sesuatu perkara yang dilakukannya.

3. Selalunya pandai mengawal emosi, berani dan selalu tenang dalam apa jua situasi.

4. Berani untuk tampil ke depan dan selalu menjadi ketua atau diikuti oleh orang lain bila berada dalam satu-satu kumpulan sebaya.

5. Tidak mudah dimomok-momokkan atau ditakut-takutkan dengan sesuatu perkara tidak ada logiknya seperti hantu dan lain-lain.

6. Berani menyahut cabaran dan ada kesanggupan yang tinggi untuk menanggung risiko yang datang.

7. Lasak dan tahan dengan kesakitan dan kesusahan.

Cuba kita renungi anak-anak kita, apakah ciri-ciri di atas ada di dalam diri mereka. Kejayaan anak-anak adalah kejayaan kita juga kerana diri mereka adalah cerminan kedua ibu bapanya. Berhati-hati mendidik anak-anak kerana mereka amat fragile serta umpama strawberry, cantik di luar belum tentu manis di dalamnya!

p/s: Melentur buluh biar dari rebungnya!   

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close