Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Menilai Berlian

As-salam,

Ada tak sesiapa pembaca blog aynoranur dot com yang bergelar wanita? Pernah dengar ungkapan 'Wanita umpama Berlian'. Dalam entri kali ini saya akan kongsikan cara-cara menilai berlian. Tak mengapa jika kita tidak memakainya, anggap sahaja bahan ini sebagai satu bacaan umum, mudahkan?


Berlian, benda ini memang “briliant”, kerana untuk mendapatkannya bukan boleh setakat ratusan ringgit malah kena habis beribu. Kerana itu, menilai benda brilliant ini mestilah ada piawaian tersendiri. Dengan tanda aras yang amat tinggi, maka makin sempurna sesuatu berlian tersebut.

Untuk pilih berlian kena ada caranya dan biasanya orang akan menggunakan kaedah 4 C untuk menilai berlian iaitu dari berat (carat), kejernihannya (clarity), pembentukan melalui pemotongannya (cut), dan tentunya saja warnanya (colors).

Panduan Menilai Berlian


1. Carat (berat)

Satu karat adalah satu unit berat pengukur sama dengan 0.2 gram. Ia adalah unit antarabangsa digunakan untuk mengukur berat berlian. Dalam perniagaan berlian, pecahan daripada karat dirujuk sebagai "point" ataupun dikenali sebagai pecahan. Sebuah berlian 0.5 karat atau 1/2 karat dikira berat 50 points. Sebuah berlian 1 karat dikira berat 100 (points). Begitulah seterusnya.


Sesuai dengan sifatnya, berlian kasar datang dalam pelbagai bentuk dan saiz serta warna dan kejelasannya. Berlian yang lebih besar, lebih putih dan bersih, lebih jarang ditemui. Sehubungan itu, kos per karat berlian yang lebih besar yang sama warna, kejelasan dan dipotong akan menjadi lebih tinggi daripada berlian yang lebih kecil.


2. Clarity (kejernihan)

Semakin jernih suatu berlian, semakin mahal harga yang akan ditawarkan. Begitu juga semakin sempurna suatu pemotongan bentuk berlian, semakin lebih nilai harga yang dikenakan. Juga warna yang semakin menarik tentunya memancing suatu keindahan dimana sudah tentu peminat berlian dikenakan bayaran tinggi. Jadi, kalau kita berminat tetapi punya bajet yang sederhana, pilihlah berlian yang kurang jernih, asalkan dapat memakai berlian yang kita impikan!

Semua berlian secara sistematik digred dan diplot di bawah pembesaran 10x. Jika gred terlatih tidak dapat melihat ciri-ciri kejelasan pada 10x, ia tidak menjejaskan gred kejelasan.

Lima Faktor-faktor Yang Tentukan Kejelasan (clarity) berlian:


  • Saiz
  • Bilangan
  • Design
  • Nature
  • Warna

3. Cut (potongan)

Kebanyakan berlian dipotong bulat dengan 58 aspek yang penuh, dan potongan yang baik adalah dengan membuat ia lebih mempunyai lorekan/liku maka ia nampak lebih berkilau. Ia adalah kerja-kerja pemotongan yang utama yang membolehkan berlian dipotong dalam apa-apa cara untuk membolehkan jumlah maksimum cahaya yang dapat dilihat melalui berlian.


4. Colors (warna)

Warna berlian yang paling biasa adalah kuning. Kebanyakan berlian mempunyai petunjuk sedikit kuning dan skala warna berlian berdasarkan jumlah kuning yang ada dalam berlian. Selalu kita tengok iklan berlian warna pink, kan? Tak sangka warna berlian yang biasa adalah warna kuning. Warna berlian digredkan mengikut Skala Penggredan GIA (Grades International Americas). Gred berdasarkan jumlah kuning yang boleh dilihat apabila dilihat facedown melalui pavilion pada kad warna putih berlian yang menggunakan cahaya seperti waktu siang. Setiap gred warna berdasarkan julat yang sangat kecil. Apabila warna berlian digredkan ia dibandingkan menggunakan satu set batu utama. Batu utama (Master) adalah satu set berlian sebenar yang memaparkan pelbagai warna yang dikenali. Ia adalah amat sukar untuk melihat perbezaan warna dalam berlian, tetapi batu utama membantu penggred membezakan antara satu warna dan seterusnya.

GIA color-grading scale
Jadual penggredan berlian



Jadi, kepada peminat dan pencinta berlian di luar sana, berhati-hati apabila memilih berlian. Jangan ditipu dengan saudagar berlian yang ada di mana-mana. Dapatkan panduan cara membeli berlian daripada rakan ataupun saudara yang mempunyai pengalaman berurusan dengan peniaga berlian yang sah.

p/s: Impikan diri jadi berlian di jannah Allah, kecil tetapi jernih, berkilau dan ringan timbangan dosa...Amin ya rabbal a'lamin... 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close