Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea & Sinopsis Bread, Love and Dreams


As-salam,

Drama Korea ini telah pernah ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2010, kalau tak silap. Tetapi pada ketika itu waktu tayangan kurang sesuai, jadi saya tidak berkesempatan untuk menontonnya. Kini Drama Bread, Love & Dreams di ulang tayang di saluran KBS 391/392, dan pada waktu malam, jadi saya ada chance untuk menontonnya. Waktu siaran adalah dari pukul 9:55 mlm (1 jam), pada hari Isnin & Selasa.

Walaupun baru dua episod saya tengok, tetapi cerita ini bagus kerana mengisahkan tentang rahsia lain seorang pembuat roti yang kita jarang ketahui. Tak-gu digambarkan seorang yang istimewa kerana dia memiliki kebolehan untuk menghidu tepung, adunan, dan bahan-bahan yang digunakan dalam proses membuat roti ataupun kek. Best kan?

   
Sinopsis Drama Korea "Bread, Love and Dreams"

"Bread, Love and Dreams" mengisahkan kehidupan Kim Tak-Gu daripada tahun 1970-an  hingga akhir 1980-an bila dia menjadi pembuat kek yang sangat terkenal di seluruh Korea.

Pengerusi Syarikat Geosung Bakery, Koo Il-joong (Jeon Kwang-Leol) mencintai Kim Mi-soon (Jeon Mi-Seon), tetapi ibu Koo Il-joong menentang hubungan tersebut. Oleh sebab itu, dan untuk keselesaan hidup dia berkahwin dengan Suh In-sook (Jeon In-Hwa). Mereka mendapat dua orang anak perempuan iaitu Ja-kyung dan Ja-rim tetapi anak lelaki. Tidak lama kemudian, Il-joong berkahwin lain dengan orang yag benar-benar dicintainya iaitu Mi-Soon dan mereka dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Tak-gu.

 

In-sook takut jika satu hari nanti Tak-gu mungkin menjadi waris kepada Geosung baking company, akhirnya In-Sook menjalin hubungan dengan setiausaha syarikat bernama Han Seung-jae (Jeong Seong-Mo). Mereka mendapat anak lelaki dan diberi nama Ma-joon (Ju Won). Beberapa tahun kemudian, pada satu malam ketika hujan, ibu Koo Il-joong terdengar perbualan antara Han Seung-Jae dan In-sook. Beliau pengsan dan meninggal dunia. Ketika kejadian inilah In-sook kehilangan gelang tangannya dan telah ditemui oleh Ma-joon. Ma-Joon kini tahu siapa bapanya yang sebenar.

Sementara itu, untuk melindungi Kim Mi-Soon dan Tak-gu, Koo Il-Joong mengarahkan seorang lelaki bernama Jin-Goo (Park Seong-Woong) untuk menculik mereka. Seo In-Suk dan Han Seung-Jae berhasrat untuk membunuh Tak-gu, tetapi dia dapat melepaskan diri. Akhirnya Tak-gu bertemu dengan mentor hidupnya bernama Pal-Bong (Jang Hang-Seon) , yang menjalankan perniagaan Palbong Bakery.

Sementara itu, Tak-gu bertemu Yoo-kyung (Eugene) ketika masih kanak-kanak lagi. Dia hidup dengan susah dan seorang ayah yang tidak berhati perut. Tetapi bila Tak-gu berpindah ke rumah Koo Il-joong sebagai anak sulungnya, mereka telah terpisah. 

 

12 tahun kemudian, mereka bertemu lagi dan cinta mereka semakin mekar. Malangnya, kini Yoo-kyung percaya bahawa duit adalah segalanya berbandingbdengan cinta! Kemudian Yoo-kyung meninggalkan Tak-gu dan berkahwin dengan Ma-joon. 


Drama ini dibintangi oleh Yoon Si-Yoon, Joo Won, Lee Young-Ah, Eugene, Jeeon Kwang-Leol dan ramai lagi. 


Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Saya dah tengok sampai hbs kat dramacrazy.net.... Memang best drama ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best! pernah tayang kat 8TV last 2 years, tapi tak sempat tengok..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close