As-salam,
Dalam artikel kali ini saya mahu berkongsi tentang penyakit yang sering menimpa kita apabila kita alpa. Alpa di sini adalah dari segi menjaga pemakanan dan kesihatan masing-masing. Oleh itu, untuk yang belum tahu, saya akan kongsikan cara-cara pemakanan untuk orang yang menghidap penyakit gout.
Apa itu gout? Bukan goat ya...hihi. Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Semoga kita mendapat manfaat daripada artikel di atas. Cegahlah dan rawat diri kita sebelum terlambat. Sebenarnya sakit @ penyakit adalah salah satu cara Tuhan menguji kita samada kita sabar atau sebalikinya. Kerana, Dia sebenarnya sangat sayangkan kita...

Tanda-tanda gout
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Panduan pemakanan untuk penghidap gout
- Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
- Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
- Makan peria dan peria katak
- Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
- Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
- Minyak jagung
- Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
- Delima
- Epal hijau 2 biji seminggu
- Burung seperti burung puyuh dan merpati
- Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
- Garam kasar menggantikan garam halus
- Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
- Makan lebih banyak sayur-sayuran
Penghidap Gout Elakkan makanan-makanan berikut:
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Ikan bilis, kembung, sardin
- Daging cincang
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
- Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
- Peanuts, lentil, beans and peas
- Poultry
- Roti jagung dan bijirin
Semoga kita mendapat manfaat daripada artikel di atas. Cegahlah dan rawat diri kita sebelum terlambat. Sebenarnya sakit @ penyakit adalah salah satu cara Tuhan menguji kita samada kita sabar atau sebalikinya. Kerana, Dia sebenarnya sangat sayangkan kita...
p/s: Mulakan makan sayur sekarang!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.