As-salam,
Sebentar tadi kita orang baru habis makan di satu restoran. Macam-macam jugak yang kami order dan saya tergerak nak makan Nasi goreng tomyam. Test power, sedap tak nasi goreng tomyam dia. Sebabnya saya sudah selalu buat sendiri tetapi kini nak rasa masakan orang pulak.
Bila makanan sampai, terus tak sabar suap nasi ke mulut. Alhamdulillah...rasanya sama seperti yang saya selalu buat. Nak tahu resepi nasi goreng tomyam ni? Jom tiru apa saya buat, very simple, friends!
Resepi Nasi Goreng Tomyam
(anggaran hidangan untuk 4 orang)
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
p/s: Masak memasak aktiviti yang membahagiakan buat kaum wanita...

- 4 cawan nasi
- 1/2 batang serai (dihiris)
- 2 hiris tomato
- helai daun limau purut (dihiris halus)
- 10 ekor udang
- 1 sudu besar perencah tomyam
- 1 sudu kecil gula
- 2 sudu kecil garam (ikut suka rasa)
- 2 ulas bawang putih
Cara membuatnya:
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak
- Tumis bawang putih, dan perencah tomyam sehingga naik baunya
- Masukkan semua bahan-bahan yang telah dihiris bersama udang sehingga masak
- Masukkan nasi, gula dan garam secukup rasa
- Gorengkan sehingga nasi goreng telah panas. Boleh hidangkan.
p/s: Masak memasak aktiviti yang membahagiakan buat kaum wanita...
3 Comments
Alahai ...belom rasa lagi dah terliur. Tak dapat rasa nasi goreng, dapat rasa mee maggi tomyam pun ok gak.
ReplyDeleteya betul tu, yg penting bunyinya tomyam..hihi
DeleteSenang je, ingat susah. Selalu makan kat kedai best. Fie tak berapa reti buat nasi goreng kalau mee ke boleh. hehe
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.