Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kelebihan Memasang Google Analytics Pada Blog

As-salam,

Google Analytics berfungsi mengesan online trafik dan menjana statistik terperinci tentang sesuatu kunjungan ke sesebuah blog ataupun website. Ia amat berguna buat blogger di luar sana, juga popular dan digunakan secara meluas untuk menganalisa statistik sesebuah website.

Ia mudah, senang dan boleh mengesan jumlah pengunjung, bounce rate (kadar lonjakan lawatan) dan juga dari mana datangnya pengunjung ke blog kita.



Kelebihan Memasang Google Analytics Pada Blog @ Website

1) Kenali pengunjung blog   
Dengan melihat laporan  yang ada di dalam Google Analytics, kita boleh mengenalpasti pengunjung dan trend  kunjungan tersebut. Ada pelbagai jenis pengunjung @ pelawat ke blog kita. Ada yang pengunjung pertama kali dan ada juga pengunjung tetap ke blog. Mana satu yang bagus? Pengunjung setia lagi bagus berbanding pengunjung baru?

2) Kadar lonjakan (Bounce rate)
Kadar bounce yang rendah menunjukkan pengunjung blog melawat dan membaca isi kandungan di blog kita.   Jika bounce rate tinggi, maksudnya pembaca sekadar singgah sebentar dan kemudian pergi. Umpama flipping the book, hanya melihat gambar dan kemudian tutup buku! Dari google analytics kita boleh mengesan semua itu. Jadi kita boleh buat kandungan yang lebih menarik di masa akan datang.

3) Nilai kunjungan 
Dengan memasang google analytics kita boleh mengesan jangka masa lawatan setiap pengunjung blog kita. Berapa lama dan berapa pages yang dia orang singgah dan baca. Dengan cara itu, kita boleh merancang waktu yang sesuai untuk membuat artikel baru, agar ia dapat menarik minat pembaca. Kita boleh tahu waktu yang sesuai mendapatkan ramai pengunjung blog yang bakal membaca entri kita itu.

4) Menjana trafik
Fahami bagaimana untuk menjana trafik yang tinggi ke blog kita. Kita boleh cuba pelbagai cara untuk meningkatkan trafik ke blog kita. Dengan google analytics, ia dapat membantu kita menentukan kekuatan SEO blog, link yang datang, keberkesanan kempen @ iklan-iklan yang di pasang dan tidak ketinggalan pengunjung setia ke blog.


p/s: Saya dah **pasang ID google analytics di blog saya, korang bila lagi? Siapa yang sokong produk google kalau bukan kita2 yang menggunakan medium blogspot ni...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Tak pernah tahu pun pasal Google Analytic nie, nanti fie nak cuba google tengok lah. thanks :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close