Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menu Sihat Dengan Jus Mangga Manis

As-salam,

Mangga ada berbagai jenis dan secara amnya mangga bersifat agak masam tetapi apabila mangga telah benar-benar ranum, ia menjadi manis. Tahukah anda mangga juga boleh dijadikan jus yang sedap dan amat mudah penyediaannya. Yang penting mesti kena ada 'mat blender' dan bukannya 'mat bangla'...hih

Mari kita minum jus mangga manis dan buat sama-sama,

Bahan-bahan:

  • 5 biji mangga manis (kalau boleh bukan kuini, inipun saejenis mangga juga kan?)
  • 500 gram yogurt segar
  • 150 gram gula (@ ikut suka citarasa)
  • kiub ais

Cara membuatnya paling ringkas

  1. Buang kulit mangga dan potong kecil
  2. Masukkan ke dalam mesin pengisar (blender) bersama gula, yogurt dan kiub ais
  3. Minumlah semasa masih sejuk



Info:
Dengan makan buah mangga ataupun minum jus mangga, banyak khasiat yang boleh diperolehi cuma kita kena rajinkan diri memakannya. Saya tahu rakyat Malaysia memang tidak berapa gemar makan buah tetapi demi kesihatan tubuh badan secara semulajadi, kita juga harus mencintai buah-buahan semulajadi yang banyak disekeliling kita.
  1. Dapat menurunkan risiko cancer.
  2. Membantu menambah berat badan tubuh.
  3. Kaya dengan zat besi yang baik untuk wanita hamil.
  4. Baik untuk penderita anemia.
  5. Membantu melancarkan pencernaan.
  6. Kaya dengan vitamin yang diperlukan oleh tubuh.
  7. Baik untuk kesihatan mata.
  8. Mencegah penyakit jantung.
  9. Mampu menjaga kadar kolesterol di dalam tubuh.
  10. Kaya dengan kalsium yang baik untuk tulang.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. hampir setiap hari minum jus.. :p

    ReplyDelete
  2. i am not into juice. any juice drinks. hehe. ah well, khasiat nombor 2 tu caught my attention. hehe. sy nak gemukk.

    jom terjah: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close