As-salam,
Saya kongsikan petikan Harian Metro hari ini (26/2/2013)
Kuala Terengganu: Saya mendengar arwah menarik nafas panjang ketika di rakaat kedua sebelum dia terjatuh,” kata Azhar Nong, 48, rakan peniaga kain, Saidi Salleh, 54, yang meninggal dunia ketika menunaikan solat Asar di surau Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, semalam. Azhar dari Kampung Pulau Musang, di sini, berkata, sebelum kejadian, dia bersama arwah serta beberapa jemaah lain yang kebanyakannya peniaga di hentian bas berkenaan menunaikan solat Asar di surau pada jam 4.50 petang. “Arwah duduk di tepi saf kedua dan sebaik memasuki rakaat kedua, saya yang berada di saf hadapan terdengar arwah menarik nafas panjang dan selepas itu saya tidak lagi mendengar bunyi nafas arwah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Menurutnya, ketika mengambil wuduk, dia melihat arwah berada dalam keadaan tidak sihat dan hanya duduk di tempat wuduk.
Ulasan:
Subhanallah, Dia memilih hambanya untuk ditempatkan di mana dan bagaimana mereka meninggalkan dunia ini. Kita mungkin memandangnya sebagai perkara biasa, tetapi panjatkanlah kesyukuran kepadaNya kerana meletakkan insan yang mulia dari kalangan kita orang biasa-biasa...
p/s: tinggalkanlah pekerjaanmu dan tunaikanlah solat seolah-olah kamu akan mati esok hari....
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.