Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara-Cara Membuka Akaun SSPN-i Di Cawangan Bank Terpilih

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah satu skim di bawab PTPTN dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan mensyaratkan individu yang mahu membuat pinjaman PTPTN mestilah telah membuka akaun SSPN-i bagi memudahkan urusan kelulusan pinjaman pendidikan yang tersebut.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00

SSPN-i adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN-i turut menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Di samping itu, manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.




Ciri-ciri Istimewa SSPN-i


a) Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;
b) Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun;
c) Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
d) Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
e) Simpanan serendah RM20.00 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;dan;
f) Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

Catatan:

* Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun hanya layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian keatasnya. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

** Keluarga yang berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM2,000 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Cara-Cara Membuka Akaun SSPN-i


Sila ikuti panduan pengisian Borang Permohonan Pembukaan Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) melalui laman web PTPTN seperti berikut:

1) Borang Permohonan Pembukaan Akaun ini hendaklah dicetak menggunakan Kertas A4 yang beratnya sekurang-kurangnya 80 gram ke atas dan berwarna putih.
2) Pemohon hendaklah mencetak Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i ini melalui laman web PTPTN.

Muat turun Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i (format Adobe Acrobat *.pdf) di sini.

3) Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang lengkap diisi hendaklah,

i) dibuat dua (2) salinan,
ii) dihantar bersama-sama salinan asal,
iii) Slip Deposit,
iv) dokumen-dokumen sokongan, dan
v) wang deposit (seminima RM20.00) di mana-mana kaunter Bank yang dilantik menjadi Ejen PTPTN di seluruh Malaysia.

Bank yang dilantik sebagai Ejen PTPTN adalah seperti berikut:-

1) Bank Simpanan Nasional (BSN);
2) CIMB Bank Berhad;
3) Agro Bank;
4) Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM);
5) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); dan
6) Maybank.
Salinan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan bagi pembukaan akaun SSPN-i adalah seperti berikut:-

1) Salinan MyKad/ Kad Tentera/ Kad Polis Pemohon;
2) Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
3) Surat perakuan/ sijil anak angkat (bagi ibubapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).

Tiga(3) salinan Borang Permohonan Pembukaan Akaun dan Slip Deposit yang diterima oleh pihak Bank yang siap diproses akan diagihkan oleh ejen PTPTN (Bank) bagi keperluan seperti berikut:-

~ Salinan asal (Cetakan) – untuk PTPTN
~ Salinan kedua – untuk ejen PTPTN
~ Salinan ketiga – untuk Pendeposit

Borang Permohonan Pembukaan Akaun yang telah siap diproses akan dihantar bersama-sama dokumen sokongan dan salinan Slip Deposit kepada PTPTN. Sila pastikan pendeposit menyimpan satu salinan borang yang telah diproses sebagai rujukan.

Terdapat 3 kategori had umur pembukaan SSPN-i iaitu:


Kategori 1: 
Akaun dibuka oleh ibubapa/penjaga atau warganegara Malaysia yang lain untuk mana-mana warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun.

Kategori 2:
Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri atau dibuka oleh ibu bapa/penjaga.

Kategori 3:
Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun sendiri.


Peringatan Penting :

Jangan percayakan Bank atau ejen lain yang bukan tersenarai di atas. PTPTN hanya melantik ejen-ejen atau Bank seperti yang disenaraikan di atas. Kebenaran mencetak dokumen SSPN-i melalui laman web PTPTN ini adalah sebagai alternatif kepada orang ramai bagi memudahkan urusan berkaitan SSPN-i.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline PTPTN di talian 03-2080 4455 atau ajukan kepada Bantuan Online.

Read More ....


Post a Comment

23 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ciklaili, t/kasih kerana singgah di sini.

      Delete
  2. borang pdf tu nk kena print colour ke??
    :)

    ReplyDelete
  3. borang pdf tu nk kena print colour ke??
    :)

    ReplyDelete
  4. parent aje yg pegi,student tk pyh ikut

    ReplyDelete
  5. klu cimb bank biasanya brapa lma nak dptkn akaun itu.

    ReplyDelete
  6. saya nak tanya kalau bt simpanan kat sspn boleh ka.. sma seperti bt simpanan asb, bsn, mybank dll....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..tapi perlaksanaannya mungkin tak sama dengan bank. cuba tanya pihak SSPN..

      Delete
  7. Assalamualikum . saya nak Tanya saya buat akaun sspn di cimb bank . Tapi sampai Sekarang saya belum mendapat kad . berapa lama untuk mendapat kad

    ReplyDelete
  8. borang ni memang kene print ke? ke gi bank isi kat sana pun boleh? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ambil borang di bank pun boleh. Dan isikan maklumat yg diperlukan di bank dan serahkan di kaunter berkaitan.

      Delete
  9. nk tny, yg borang permohonan pembukaan y lengkap di isi kena bt 2 salinan..maksudnya? lepas kita isi siap2 kita kena fotocopy 2 salinan y kita dh isi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang sspn tu memang dah ada 3 salinan, 1 utk kita, 1 utk bank, 1 utk pihak sspn. Tak perlu buat copy..

      Delete
  10. Macam mane saya nak taw no.akaun sspn saya ? sebab masa saya buat sspn kat cimb,sya dpt kad je.

    ReplyDelete
  11. Macam mane saya nak taw no.akaun saya ?sebab masa saya buat sspn kat cimb x de bagi no.akaun pon,bagi kad je

    ReplyDelete
  12. Nak bukak akaun SSPN nie kena refer IPT ke?????

    ReplyDelete
  13. Kena buat potongan gaji setiap bulan ker atau boleh simpan pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  14. Mesti buat potongan gaji atau boleh simpan pada bila bila masa sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat potongan gaji pun boleh, kalau nak masuk bila-bila pun boleh...ikut kemampuan kita..

      Delete
  15. Adakah akaun ini mempunyai sebarang tempoh tertentu yang mensyaratkan kita kena simpan duit dalam akaun dari tarikh deposit atau kita boleh membuat transaksi pengeluaran dan deposit pada bila-bila masa sahaja seperti akaun simpanan yang lain?

    ReplyDelete
  16. Kalau nak buka akaun sspn ni dia minta surat tawaran smbg belajar tak? Sebab time sya pegi cimb bank dia ada minta surat tawaran smbg bljr..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close