Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mutiara Kata Kehidupan Nukilan Prof. Hamka

As-salam,

Sewaktu saya masih belajar dan berada di alam tingkatan 6, saya terbiasa terdedah dengan karya-karya Prof. Hamka seorang sasterawan, ahli politik, professor dan juga ahli agama dari Indonesia. Banyak buku ataupun novel beliau yang dijual di kedai-kedai buku ataupun dijadikan bahan rujukan untuk belajar.

Sedikit biodata Hamka

Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan julukan Hamka, iaitu singkatan namanya, (lahir di Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam,Sumatera Barat, 17 Februari 1908 – meninggal di Jakarta, 24 Julai 1981 pada umur 73 tahun) adalah sasterawan Indonesia, sekaligus ulama, ahli falsafah dan aktivis politik.

Antara karya beliau yang terkenal adalah Tafsir Al-Azhar, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah. 

Kata-kata Mutiara Lakaran Prof. Hamka

Kehidupan di dunia ini adalah laksana lautan yang jarang tenang. Airnya beriak terus, bergelombang dan berombak.Kesusahan terletak dalam kemudahan dan kemudahan pun terletak dalam kesusahan.
Hidup adalah perjuangan, sekali ombak naik , sekali ombak turun. Kadang-kadang kita memukul dan kadang-kadang kita dipukul:

Memang benar apa yang ada difikiran Hamka itu. Kehidupan ini ibarat putaran roda, hari ini kita di caci dan dihina, kemudian dengan peluang dan kesempatan memperbaiki kesilapan lalu, kita mungkin menjadi orang yang lebih baik daripada mereka.

Hidup di dalam dunia ini laksana orang keenakan dalam kapal besar belayar di samudera luas. Terasa indahnya ombak yang bergulung-gulung itu. Maka rasailah kelazatan pelayaran. Tetapi keindahan yang dirasa itu sangat terbatas iaitu sebatas kapal. Tak usah kita lompati laut itu kerana hendak merasai lazatnya kehidupan laut, lebih baik lihat saja!
Begitu juga dengan apa jua pekerjaan yang kita lakukan di dunia ini, kebahagiaan yang kita rasai, kekayaan yang kita miliki sedikit ataupun banyak, renangilah dengan ikut jalannya secara natural. Jangan pandai-pandai  mengubah rupa bentuk, melakukan yang luar biasa seperti seks songsang, perzinaan dan lain-lain perkara maksiat di jalan yang kita lalui. Laluilah ia dengan tenang dan fitrah yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Bahawa manusia itu bukanlah didatangkan Tuhan ke dunia ini hanya untuk semata-mata datang. Bahkan ditunjukkan pula kepadanya jalan mana yang mesti ditempuhnya, agar dia selamat. Kerana hidup pasti diakhiri mati. Dan perjalanan bukanlah semata-mata sehingga mati sahaja. Selepas mati ada lagi sambungan hidup iaitu hari kebangkitan, yang bernama Hari Kiamat.
- Hamka , Tafsir Al-Azhar. 
Memang benar apa yang dilakar oleh Prof. Hamka di atas. Saya ambil antara banyak kata mutiara daripada beliau untuk kita renungi, kenang kembali dan memandang masa depan dengan dalam hati punyai visi kehidupan yang jelas.




Untuk apa kita hidup? Tepuk dada tanyalah iman...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close