Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Membeli Belah Secara Online

As-salam,

Panduan Membeli Belah Secara Online! | Wanita adalah golongan yang suka shopping, window shopping, pilih memilih dan kemudian tinggalkan macam gitu aje, tak beli pun. Kemudian, mengulang perbuatan sama dari satu kedai ke kedai lain tanpa rasa jemu. Tetapi bagi orang lelaki, mereka tidak berapa gemar aktiviti 'window shopping' ni, kebanyakan sang suami 'terpaksa' menemankan isteri melakukan aktiviti santai tersebut. Muka pun dah tunjuk bosan, jadi 'mood' kita sebagai isteri pun terganggu. Betul tak?

Ada pilihan lain? Tentu ada. Kita berpindah shopping secara online. Berlambak di internet kedai dan mall yang kita boleh blogshopping dan bloghopping...don't worry.

Antara pusat membeli belah terkenal di alam maya termasuklah,










Mat Runcit - Kedai runcit online 24 jam 

Tempahan makan tengahari ataupun makan malam dengan aneka macam lauk 


Panduan Membeli Belah Secara Online

  • Baca syarat-syarat jual beli yang disediakan
  • Buat tempahan melalui saluran yang betul seperti email
  • Simpan Username & password untuk kegunaan sendiri
  • Semak latar belakang syarikat jualan ataupun online shopping mall yang disukai
  • Pastikan online shopping mall itu benar-benar wujud dan cuba hubungi nombor telefon yang diberikan
  • Membuat pesanan dengan betul
  • Buat bayaran dengan berhati-hati
  • Simpan resit bayaran yang telah dibuat
  • Periksa jaminan waranti setiap barangan yang dibeli
  • Periksa dan semak barangan yang diterima
  • Beritahu kepada pihak online shopping mall jika barangan yang diterima ada kecacatan atau kerosakan
  • Beritahu orang lain jika shopping mall atau kedai online yang anda kunjungi itu kurang memuaskan atau terdapat tanda-tanda mencurigakan...
  • Sentiasa tingkatkan sikap waspada anda!


Semoga maklumat dan perkongsian di atas mampu membuatkan masa kita yang terhad di isi dengan sesuatu yang berguna dan menguntungkan semua pihak.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close