Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pengganas Sulu Pakai Ilmu Hitam

As-salam,

Pelik! Mayat baru terkorban dalam tempoh satu jam tetapi sudah berulat dan berbau busuk. Mungkin itu salah satu tanda pennganas Sulu mengamalkan ilmu kebatinan. Bagi umat islam yang yakin dan percaya kepada Qada dan Qadar dan rukun islam yang lain, menuntut ilmu hitam dan ajaran sesat adalah haram hukumnya. 


LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan berunsur syirik.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas mati ditembak memakai tangkal dan ada tatu ayat al-Quran di badan.

“Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka. Peliknya, pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiar lebih daripada dua atau tiga hari,” katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin berkata, Islam melarang guna ilmu kebatinan yang boleh sekutukan ALLAH kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah, sekali gus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

Pengganas yang didakwa guna ilmu batin untuk kebal turut pakai tangkal dan kad ramal hari, iaitu ilmu Kutika dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan ia disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Itu mungkin kepercayaan mereka,” katanya kepada pemberita kelmarin. - Bernama

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close